Tuesday, May 31, 2011

kisah hati

assalamualaikum ..
hye u all .

before i start my entry , can u imagined that u is me ? it just for a while okay . i really want u all menghayati cerpen yang aku try nak nukilan kan ney . kalau u all tak in dalam cerpen ney , u all tak kan dapat nak menghayati kesedihan dan kesengsaraan yang aku alami . *tipu je aku ney . hahaa . sedih la sangat kan .*


Tersebut lah kisah ......


Pada zaman dahulu , terdapat seorang gadis yang agak comel orang nya . periang sangat ! *puji diri sendiri la plak .hehe* nak di jadikan cerita ....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

hah ! nampak tu . periang sangat kan ? haha ..
aku yang pakai tudung tu ;)


kalau u all nak tahu . aku bukan lah jenis yang suka bersedih sedih , menangis nangis  dan yang sewaktu dengan nya . aku ialah aku ! tak plastik dalam semua hal . senang cerita aku ney tak pernah nak tiru orang lain . orang lain pergi lantak lah dengan orang lain . aku dengan diri aku sendiri .asal kan aku bahagia . ;)
 aku tak suka kalau menangis . menangis ney penat sangat . kalau tak percaya , try lah nangis . aku nak tengok , penat ke tak u all lap air mata yang keluar tanpa had tu . haha .. aku kalau tengah dengar lagu sedih + jiwang karat punya lagu dengan kakak aku , dia mesti sedih . dan dengan secara automatiknya , dia menangis . hey ,, what was going on ,sis ?? apahal kau nangis ney ? tak kan lah dengar lagu cam ney punye slow kau da leleh babe ? woii ,, tak ROCK lah ! dan dengan selamba kakak aku cakap , hanya orang yang ada perasaan je yang tahu sedih dan menangis .

jap jap ! pe ney ,  aku tak paham lah . kenapa dia kata macam tu ? dia nak cakap aku tak ada perasaan lah tu . ishh . buntu sangat masa tu . 




tapi ,,
untuk yang pertama kalinya . aku rasa sedih dan tiba tiba macam nak nangis . eh , apahal ney . tak nak ! aku tak nak membazir air mata aku semata mata cerita bodoh tu .  time tu , laju je air mata aku keluar daripada kelopak mata aku ney . aku tengok .. mak , kakak aku , dan semua adik adik aku diam diam lap air mata . aku jadi makin pelik bila  dalam cerita yang aku tengok tu berkumandang satu lagu yang cukup tangkap leleh .dan dengan selambanya aku nangis . wahh .. how sad that story . 
|
|
|
|
|
|
|
|
v


yeah !
TITANIC ..
cerita ney lah yang buat jiwa aku meronta ronta nak nangis . sedih sangat kisah cinta yang tertulis untuk KATE dan JACK dalam cerita ney .
sedih macam kisah cinta aku dengan dia jugak .
hmmmm (T.T)
*tetibe je . hehe*

kalau nak bercinta , kita kena sedia dari segi emosi dan segalanya . moral value yang aku dapat dalam cerita tu is : CINTA PERLUKAN PENGORBANAN & KESETIAN .

macam kisah cinta aku jugak . tapi tak de lah segah cerita TITANIC tu . simple simple je . macam orang lain jugak kan . kadang kadang ada sedih . kadang kadang ada happy . tapi aku yang banyak nya sedih ! happy nya tak ada . haha .. apa lah nasib kan ..




sekarang .. aku yang kononya happy go lucky , tak nak sedih sedih .. dah bertukar menjadi seorang yang tak happy .selalu sedih sedih ..
kenapa ?
entah lah ,,kalau u all dah menghayati cerpen ney , mesti u all yahu kenapa dan apa punca yang dah menyebabkan aku berubah .sebelom aku say kbye . listen this song ... dan sebelom dengar lagu ney , off music blog aku dulu . hehe *pesanan tu *



sad in happy ,
cyda cydotaa ;)

Monday, May 23, 2011

kahwin je la . kan senang tu -____- '

assalamualaikum ..
hye u all . ;)


beberapa hari yang lepas , macam-macam dugaan aku dah hadapi . perhh ! kalau orang tak kuat memang da check in KUBUR dah .tapi sebagai orang yang beriman lagi solehah *buat muka suci + alim* hehe , aku tak tergamak nak buat benda yang bukan-bukan tu . berdosa babe ! Allah tak bagi nak cium bau syurga . hmm ,, tapi tu lah , bukan senang nak jadi kuat macam MARSHANDA dalam sinetron SEJUTA CINTA MARSHANDA . susah jugak nak kuat dan berwibawa macam MARIMAR atau BELLA ALDAMA dalam telenovela MARIMAR . susah sangat kan . tapi sebagai manusia yang sering di uji Allah SWT , aku terpaksa jugak hadapi semua dugaan tu dengan redha dan tenang . kata-kata semangat daripada kawan-kawan , sedara-mara sering aku gunakan untuk naik kan balik semangat dan mood aku yang dah hilang . susah betul aku nak happy kan mak dan ayah aku . sedih betul bila telinga aku sendiri dengar keluhan hati dia orang .

 MAK KATA  : ntah la kak idah . semua tawaran kau tak dapat . ape lah salah mak dapat anak-anak yang langsung tak bagi mak happy macam orang lain . senang je anak-anak dia orang dapat tawaran sambung belajar .tapi mak ..... hmmmm ...

AYAH KATA : dah letih ayah carik duit nak sekolah kan kau . tapi apa yang kau bagi kat ayah ?


YaALLAH . sumpah aku sedih ! sebagai anak yang solehah , aku macam nak pergi gantung diri je time tu . huhu . waktu tu , hanya seorang aje yang sudi dengar masalah aku . siapa dia , tu aku tak payah nak cerita . biar lah aku je yang tahu . memang macam tangki air pecah air mata aku ney .langsung tak henti-henti . mula-mula problem dengan pakwe . lepas tu family . lepas ney ape lah pulak ye ? hmm , entah la . tak reti aku nak hitung tu semua . bersabar lah tunggu ujian seterusnya .

nak masuk form 6 , aku takut tak boleh nak bawak . aku takut nanti aku kecewakan mak ayah aku lagi . nak masuk politeknik ? aku TAK DAPAT POLITEKNIK ! yeah , macam bodoh je . nak masuk U ? sudah terang lagi bersuluh AKU TAK TERPILIH nak jadi student U .lagi lah macam bodoh . ape lagi yang boleh aku buat kalau masuk kolej . tapi aku tak nak pergi kolej . bayaran nya mahal sangat . satu semester RM2781.00 . OPOCOOTTT ! mahal nak mampos bagi yang kurang berkemampuan macam aku ney . kalau dah 6 semester semua nya RM16000.00 . tak ke mahal tu ? lagi pun bukan aku sorang je dalam family . ramai lagi adik-adik aku nak guna duit nak sekolah . sebagai kakak yang baik hati dan berbudi pekerti *cewahh , hehe* aku tak sanggup nak tengok adik-adik bersusah payah ikat perut tak de duit belanja nak ke sekolah . tak cukup duit nak beli buku dan sebagainya .aku kesian kan mak dan ayah aku yang susah payah kerja semata-mata nak tengok aku dapat diploma and degree in LAW .


 kalau ikutkan hati , aku nak je terus kahwin . tak sampai 5 bulan kahwin da dapat anak . bukan sorang tapi kembar terus . lepas tu , genap 3 tahun , pregnant lagi . tambah lagi sorang anak . tahun-tahun terus berlalu dan makin ramai lah anak aku . *haha . aku memang gile lah !* tapi tu semua kalau lah aku tak de harapan dan peluang aku nak sambung belajar . lagi pun , ekonomi pakwe aku dah kukuh da . setakat RM50 RIBU tu ,kacang je bagi dia . *aku tipu je . padahal ,RM50 pun dia susah nak ada .haha ,*

iee,, memang harapan terakhir aku nak kahwin je . tak sabar babe ! hehe . dapat duduk atas pelamin , tengok orang ramai datang majlis aku . pelamin yang di hias indah daripada designer yang perhh cukup terkenal . lagi-lagi dapat pakai baju pengantin yang di design oleh RIZMAN RUZAINI . pakai kasut kahwin dari jemana JIMMY CHOO . wahh !aku memang dah tak sabar . lalalaa .. *lantak lah apa u all nak kata*

saat di ijab kabul kan . waktu yang aku tunggu-tunggu .nak sarungkan cincin .
agak-agaknya , dapat ke tak jai belikan cincin permata berlian
untuk aku ?? :')



sirih junjung pengikat kasih sayang antara
NURSHAHIDAH (CYDA)
DAN
MOHAMAD FAIZAL (JAI)


antara hantaran yang wajb aku dapat hari aku kahwin nanti .
coklat ! yeah . i LOVE coklat ;)


kek kahwin .
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
CYDA DAN JAI .
*tak salah kalau berangan kan ? hehee ;D *


singgah sana istana ku yang cukup simple dan comel .
JAI duduk kerusi kanan .
CYDA duduk kerusi  kiri .
say : i love u abg :)


TAK SALAH KALAU BERANGAN KAN ?? hehe .. kahwin je la . kan senang tu .-___- '

yang kuat berangan .
CYDOTAA   :)

Friday, May 20, 2011

KESETIAAN .

Assalamualaikum ..

hye , ney aku nak story . malam tadi sebelum mata aku nak lelap , aku pelik kenapa tetiba je aku teringat dekat dia . dia yang pernah hadir dalam hidup aku selama setahun lima bulan . urm , nampak macam sekejap . tapi sebagai orang yang melaluinya , itu adalah satu tempoh yang agak lama . tempoh yang cukup untuk aku kenal hati budinya . baik ke dia ? jahat ke dia ? semua boleh terjawap cuma dalam setahun lima bulan je .

tapi tu lah . tu cuma tinggal memori yang lepas . lagi di ingat lagi sakit . lagi perit . kalau di undurkan masa . sumpah aku cakap . aku tak kan sia-sia kan kejadian tu . kata orang , terlajak perahu boleh di undur , tapi terlajak kata ?? hmm ,  kesimpulan yang dapat aku simpul lagi ketatkan , dalam setiap hubungan tu perlulah ada KESETIAAN . kebetulan , masa aku tengah teringat kan dia , datang lah plak ilham dari abg ku . dia nak kan isi untuk tajuk blog nya . tapi di sebab kan tak ada isi nak di hurai kan , tajuk nya dapat ke aku dan terus menjadi ilham untuk aku sampai kan .


KESETIAAN .... apa makna nya tu ?? nak tahu ? g carik sendiri kat kamus dewan edisi ke empat . aku malas nak menyemak kamus waktu-waktu macam ney . HEHE . *buat muka gedik* . banyak pendapat mengatakan , kesetiaan ney penting untuk hubungan , hubungan apa ? hubungan sejenis ke ? ieeyuuu .. tak patut lah . LOL . haha . sepatutnya , setia perlu pada apa-apa jua jenis hubungan . sama ada hubungan KEKELUARGAAN , PERSAHABATAN , bah kan jugak , PERCINTAAN . tapi tak ramai yang tahu pasal ney . basiclly , orang pikir kesetiaan cuma perlu pada percintaan . salah tu ! dalam institusi kekeluargaan , kesetiaan di antara seorang suami kepada isteri , isteri kepada suami , anak kepada ibu , ibu kepada anak , dan sebaliknya lah . penting sangat sebenarnya . kalau tak de nilai kesetiaan dalam hubungan kekeluargaan , porak peranda lah keluarga .

macam tu juga dalam persahabatan . tapi ramai yang berpendapat , dalam persahabatan cuma perlukan pengorbanan , no ! it wrong .. memang lah dalam persahabatan , pengorbanan yang paling penting . tapi  kalau tak de kesetiaan pun tak guna jugak . contohnya lah : sorang kawan tu mintak kita senang bersama dia . siapa yang tak nak kn . tumpang senang kawan . tapi bila kawan kita tu susah dan dia mintak kita susah sama dengan dia . siapa yang nak ? betul tak ? *tapi aku tak eh . susah senang aku sama-sama dengan kawan aku . CEH~ hehe .. dari situ kita da perasan . memang kesetiaan tu penting untuk teruskan hubungan persahabatan .

okeyh , masuk bab percintaan . sebelum aku story panjang-panjang , honestly , aku memang pernah curang dengan kekasih aku yang dulu . aku sendiri tak sedar apa sebenarnya maksud KESETIAAN ney . yelaah , aku kan malas nak bukak kamus carik makna tu . hehe *buat muka gedik lg* . aku memang seronok masa dapat main-main kan perasaan pakwe aku dulu . aku langsung tak pikir hati dan perasaan dia . aku buat bodoh je dengan dia . kata maaf tak pernah aku cakap kat dia even tanda-tanda aku nak menyesal tak de langsung ! memang aku kejam waktu tu . patut lah dia kejam dengan aku sekarang ney *muka da sedih * hmm , berbulan aku tipu dia . mulut kata sayang , rindu .. tapi hati . tipu je semua tu . aku terlupa dengan janji aku pada dia untuk SETIA padanya sampai bila-bila . aku lupa segala pengorbanan dia . aku cuma pikir satu je -----> bila lah jantan ney nak berambus . sibuk je nak tahu pasal aku . huh ! jahatnya aku waktu tu . memang aku jahat !! tiba-tiba satu hari tu aku dapat satu berita yang cukup panas lagi hot . pakwe aku yang nombor dua tu CURANG dengan aku . dia ada betina lain . dia tipu aku . dia lupa janji dia pada aku nak sayang akuy sampai mati . dia tipu aku ! waktu tu aku menangis . aku sedih sangat . sampai hati dia buat aku macam ney . kenapa dia tak setia dengan aku ?? soalan tu lah yang sempat singgah dalam otak aku waktu tu . tapi tanpa aku sedar . aku pun curang ! aku tak setia dengan pakwe aku yang pertama tu . ohh ,, baru aku tahu betapa perit nya hati pakwe aku kalau dia dapat tahu aku tipu dia selama ney . sedih nya dia kalau tahu aku curang dengan dia . baru lah waktu tu aku sedar betapa pentingnya kesetiaan dalam hubungan percintaan . tapi aku terlambat . dah terlambat ! pakwe aku yang setia ney dah tahu perbuatan keji aku tu . macam yang aku sangka . da menangis . dia sedih dengan perbuatan aku . tersedu-sedu dia menangis sebab perbuatan aku yang dah cukup lukakan hati dia . tu lah kali pertama aku tengok sorang insan yang digelar lelaki MENANGIS kesedihan puncanya tak de kesetiaan dalam hubungan . masa tu , aku cuma mampu tengok dan lihat . apa aku nak buat lagi ?? dia merajuk bawa diri jauh dari aku . tapi dalam sedu dia , dia sempat pesan kat aku ---------> Sheda , kau tolong lah jangan buat orang macam ney . cukup lah aku orang pertama dan terakhir ko sakitkan .<---------


ye ! dia memang orang pertama dan terakhir aku sakitkan hatinya . baru lah aku sedar , setia tu penting sangat . lepas apa yang dah jadi , aku jadikan pengajaran dalam hidup aku . selama ney aku nampak perempuan je banyak setia dalam percintaan , tapi rupa-rupanya aku silap . lelaki pun sanggup berkorban setia demi orang yang dia sayang walaupun orang yang dia sayang tu tak de dengan dia .

Buat insan bernama MOHD FAIZAL B YAZID , abg lah orang pertama cyda pernah kenal , sangat lah setia orang nya . terima kasih da ajar macam mana nak setia even abg tak ajar pun sebenarnya .LOL * muka terharu* HAHA .  Buat si dia yang pernag menangis tu , thank a lot . ko memang manusia yang prihatin . i miss u syg :'(


sebelom aku say kbye , aku nak hadiah kan lagu ney pada sapa-sapa yang sudi membaca entry blog aku yang panjang menjela ney .
|
|
|
|
|
|
|
V





salam sayang dari ,
cydotaa :')

Monday, May 16, 2011

COOL BLOG punya pasal !

Assalamualaikum ...

aku betul betul terkejut dengan apa yang dah jadi kat aku hari jumaat yamg lepas . pengalaman yamg memalukan . eh tak , pengalaman yang mengerikan pun ada jugak . adehh , mana tak nya . selama ney , kalau aku pergi GIANT SENAWANG , mesti aku singgah kiosk COOL BLOG . alaa , yang kiosk nya tu colour pink tu . air yang wajib aku beli kat situ tak lain tak bukan mesti lah COFFEE BLOG . perisa nya ...


  1. LATTE
  2. MOCHA
  3. WHITE COFFEE

tengah best best tunggu air aku siap , aku sempat la pandang sorang budak perempuan ney minum air cool blog . perhh ! serupa macam dua tahun tak minum air . bapak gelojoh ! HAHA . memang seronok aku gelakkan budak tu . tapi dalam hati je laa . lepas tu , dah 3 minit aku penat gelakkan budak tu , akak COOL BLOG ney pun panggil aku . dia kata air yang aku order dah siap . okeyh , aku pun dengan gembira hati , g la ambik starw kt satu place dalam bekas yang dia letakkan . dengan penuh semangat aku cucuk la straw kt air tu . dahaga gile ! dan dengan tibe tibe . praaaaappppppppppp !!!!!!!!!!!!!

opocooooottt !
air yang aku nak minum tu tumpah . masya ALLAH ! habis air COOL BLOG tu tumpah kat baju aku . bukan main malu aku . mana nak sorok muka ney . semua orang pandang aku dengan muka yang menjengkel kan . amboii .. sedap nya mata dia orang pandang aku macam tu . nak je aku korek korek bijik mata dia orang . tapi di sebab kan aku yang dah basah lencun bermandikan air WHITE COFFEE tu , tak jadi laa aku nak korek . huhu .. apa lah nasib ..


memang aku malu betul nak singgah kt kiosk tu lagi lepas ape yang dah terjadi . HAHA . agak nya , tu lah balasan aku lepas kutuk budak perempuan tu tadi . HAHA . padan mukaaa ko cyda .... :')


story by ,
nurshahidah sharif .

Thursday, May 12, 2011

tinggal kenangan :')

Assalamualaikum ..


hye , aku tak tahu lah kenapa tetiba je aku rindu kawan kawan aku masa kat sekolah dulu . ye ! suku kaum aku yang ahlinya seramai empat orang tu . aku rindu sangat nak pergi rehat sama sama dengan dia orang ney . aku rindu nak dengar dia orang tergelak terbahak bahak sampai nak terkeluar anak tekak bila boyfyy aku yang dulu buat lawak bodoh nya .aku rindu nak belajar sama sama dengan dia orang . sampai tak ingat nak balik rumah di sebab kan terlalu leka study . di tambah pulak dengan makanan fast food yang aku dengan dia orang beli kat stall comel CIK RUBY . secomel tuan punya kedai . haha . aku rindu jugak time aku dengan dia orang duduk kat tapak perhimpunan dengar cikgu bercakap + membebel yang kadang kadang tu menyakitkan telinga . tapi yang paling setia dengar dan diam time tu tak lain tak bukan tikah lah . perhh ! aku memang tak dapat nak bergosip dengan dia time tu . aku je yang over bercakap tapi dia diam je . aku bercakap sorang sorang rupanya .  hah , padannn mukooo kau cyda ! haha . tapi tu la yang aku rindu .



 lagi aku tak boleh lupa , bila kita sama sama nak amik SPM . pe SPM tu ? Sijil Pelajar Malas kot . haha . ye ! antara aku , anna , tikah and myra . aku lah yang paling malas . kerja aku asyik dating kat belakang class je dengan syuk ngokk ngekk tu . mana diorang semua ?? dah tentu la duduk tempat sendiri , bukak buku , carik mana kelemahan yang perlu di perbaiki . yang paling rajin dah tentu lah anna . aku memang tabik spring kat dia . time cikgu mengajar , aku sempat lah tengok muka dia . fuhh ! tekun gile !! bagus betul kawan aku yang sorang ney . kalau lalat tinggal taik kat muka dia pun dia tak kan perasaan . hehe . aku rindu kat dia . aku lagi rindu bila aku nak pergi toilet . mana tak nya . yamg paling rajin ajak aku pergi toilet dah tentu la myra . haha . saje je nak penuh kan aktiviti kat sekolah . haha . myra myra ..



tapi tu semua tinggal kenangan . aku dengan dia orang dah tak sengam dulu . dah jauh babe ! :( siapa tak sedih bila teringat kenangan paling best seumur hidup ney ? tapi aku bersyukur . sebab aku masih dapat contact dengan dia orang lagi .



  • anna ?? sekarang dia kat GIANT HYPERMARKET SENAWANG . bekerja sebagai sales assisstant kat DBC sdn bhd . makin hari dia makin cantik . dah pandai bergaya . aku bagi dia 5 star lah ! hehe . aku dah puji kau ney , tak de tudung free ke  ?? hehe :)

  • tikah ?? dia sekarang bakal menjalani satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dalam hidupnya . dia dapat pergi PLKN . kem nya aku tak berapa nak pasti . tapi setahu aku dekat JASIN , MELAKA . good luck tikah . awak jangan lupa kat saya taw . :')

  • myra ?? dia ney aku tak berapa tahu sangat . sebab dia dah sombong dengan aku . haha .. apa apa pun jadi kat kau , jangan lupa aku . nak kahwin nanti ajak aku ye . hehe ;D


kawan kawan ku sekalian ,,


walaupun kita tak dapat mana mana tawaran nak melanjutkan pelajaran kita , aku nak korang sabar macam aku . walaupun kadang kadang tu ade rasa menyesal , korang kena ingat .. ALLAH MAHA BESAR . insyaAllah , ade lah rezeki kita . kita dah penat sama sama belajar dulu , mesti ada hasil nya . tapi satu je yang aku mintak dari korang semua .. jangan lupakan persahabatan yang kita da jalin kan ney . besar makna nya pada aku . terima kasih jugak aku nak ucapkan pada korang sebab sudi berkawan dengan aku . sayanggg korang !! :* muaaaahhh .......





from left : myra , tikah . anna . aku . :)




sahabat mu ,
cyda aka cydot      ;)

Saturday, May 7, 2011

inspirasi :)

Assalamualiakum . . .


SELAMAT HARI IBU aku ucapkan pada sesiapa yang menyambutnya . aku pun tak tahu lagi nak belikan apa untuk mak aku . bajet bawah RM50 . apa yang sesuai ha ? huhu . tak tahu lah . Okey , aku sebenarnya nak ceritakan pasal sumber inspirasi aku . inspirasi apa ? ha , korang kene lah baca entry aku sampai korang tahu apa inspirasi aku sebenarnya . tak kesah lah kalau korang nak termuntah sekali pun membaca apa yang aku tulis ney . iSpirasi  yang aku nak cerita ney is about inspiration , urghh . apa yang aku nak merepek ney . hmm . okey lah . aku serius k . aku suka sangat tengok perempuan yang cantik pakai hijab . hijab tu apa ? tak tahu ke ? hijab tu tudung lah . aku memang cukup suka tengok ! tak tahu lah kenapa . mungkin sebab aku tak cantik kot . HAHA . yolaah . perempuan cantik yang aku maksudkan is


  • FATIN LIYANA ( FL )

jaket , belt . jeans . rantai manik . glasses . aww ..
cantikkk ! style lah cara dia pkai tudung .



sepit reben yang comel . secomel tuan yang pakainya



  • HANA TAJIMA


SI GADIS MANIS . cantik style tudungnya . aku try jugak pakai .
tapi , HUDUH !  -..........-'




CANTIK ! ye . memang cantik .



  • HANIS JASMAY ( NYOT )
ney lagi sorang gurl yang cukup cantik . tak kesah lah pakai macam mana pun , dia tetap lawa !
lagi lagi dia dah bertudung . lagi lah cun . ;D


STYLE HANA TAJIMA & YUNA .
kau cantik sangat NYOT



jeans , kardigan labuh , rantai love .
LAWA !




Okey . dia orang ney lah menjadi inspirasi aku dalam nak bergaya . orang ramai kata , bila dah bertudung memang tak kan boleh nak berfesyen lagi . ye laa . dah tak dapat nak bergaya dengan rambut hitam berkilat kan . tapi salah lah weyh ! tengok lah diorang ney . CANTIK kan ;)

*sorry take korang nya picture tanpa kebenaran . maaf sangat k . :)


with love ;D
cyda     

Friday, May 6, 2011

hari - hari yang berlalu :)

Assalamualaikum . . .

Hye , kali ney aku ada benda nak di story kan . tahu pasal ape ? kalau nak tahu , kena la baca entry aku ney . sorry la kalau tak best ye . Okey , mcm ney cerita nya .



beberape hari yang lepas aku ada pergi PORT DICKSON , N9 . aku pergi dengan akak sepupu aku and adik aku yang bajet hot tu ( NUR SYAFIQAH ) .*huhu . Aku memang betul betul terpegun tengok perubahan yang berlaku dekat Pantai Port Dickson tu . 11 tahun yang lalu , memang kuno tempat tu . tapi sekarang memang dah berubah . cantik sangat pantai nya . ramai pulak tu orang yang datang berkelah , mandi manda . dan tak kurang , ade yang buat projek pistol kat situ . eh , maksod aku , projek asmara ! haha . kalau yang dah berkahwin buat projek asmara kat situ tak ape lah . ade la jugak ampun nya . ney tak ! baru budak bawahan lagi . adooii hai adik adik ku . kot ye pon ko da saling sayang menyayangi , jangan lah buat macam tu . tak elok orang pandang . lagi lagi depan khalayak ramai . malu lah sikit dik ooi ..



hmm , lepas aku tengok budak budak tu bermadu kasih , aku tertengok pulak dekat satu kumpulan keluarga yang bahagia sangat ney . tetiba je aku teringat kat keluaraga aku . kan bagus kalau keluarga aku pon macam tu . dah lame sangat kite orang tak g picnic macam tu . ayah sibuk sangat mengalah kan perdana menteri . huhu . tapi tak ape lah . ayah busy pon sebab nak carik duit nk sekolah kan anak anak dia . terutamanya yang macam aku . haha . ney la antara gambar gambar yang menarik dekat  PD ney .




WELCOME TO PORT DICKSON


PANTAI PD


ORANG BERKELAH


Okey , lepas je pergi ke pd . aku terus pergi ke Bangi . ape aku buat kat situ erk ? hmm , aku pergi ke Bangi tu sebab aku nak teman kan akak sepupu aku ney pergi ke UKM (UNIVERSITI KEBANGSAN MALAYSIA ) lagi sekali aku terpegun dan terpesona . bukan sebab tempat tu cantik . tapi sebab aku teringin nak ke institut pengajian tinggi ( IPT ) . aku dekay UKM ney ade lah dalam 3 jam lame nye .



LOGO


RUANG UTAMA UKM BANGI


selepas ke bangi , aku terus ke kampung halaman ku . beberape hari jugak lah aku duduk di kampung ku iaitu di TANJUNG IPOH, KUALA PILAH ,N9 . hmm .. okey laa . tamat sudah cerita aku . aku pon dah lapar sangat ney . tataa~ :)

Thursday, May 5, 2011

salah ke ??

Assalamualaikum ..

Hye .. entry aku kali ney cume nak cerciter pasal hobi aku yang SERONOK and HAPPY ney . Nak tw ape dia ? alaa . menyanyi ja lah . kan senang dan mudah tu . HAHA . kalau aku rase sunyi , bosan , sedih . marah . kecewa , hampa , duka , sakit hati , dan sebagainya .. antara satu kerja yang akan aku buat ialah MENYANYI ! suara aku tak ade la semerdu suara DATO' SITI NURHALIZA , tak ade la senyaring ZIANA ZAIN . tapi boleh la menyanyi . HAHA . antara tempat tempat kegemaran aku nk menyumbangkan suara ney da mesti la PUSAT KARAOKE . tak payah jauh jauh . dekat Senawang N9 ney pun dah cukup berlambak lambak pusat karaoke . and antara lagu yang wajib aku nyanyi is :


  • asyik - Amelina
  • Kesilapanku Keegoaanmu - Dato' Siti Nurhaliza
  • cintaku 100% - Mas Idayu
  • Unfaithfull - Rihanna
  • Behind The Hazel Eye - Kelly Clarkson
  • Kemelut Di muara Kasih - Ziana Zain
  • Ku Bahagia - Melly Goslow
  • Wajah Kekasih - Dato' Siti Nurhaliza
  • Dia - Fauziah Latif
  • Ku Tak kan Bersuara - Mila
  • Sejati - Wing's

banyak kan ? huhu .. alaa , tak ape pn . aku berkongsi hobi ney dengan BUAH HATI aku . baru la syokkkk kan ? HEHE .. okey laa , tataaa . sebelum tu , dengar la 1 lagu ney . aku memang suke sangat lagu ney sebab banyak kenangan aku dengan si tuuuuutttttttt ,. hmmm .. Wassslam ...