Saturday, April 28, 2012

Result. Antara bagus tak bagus :D

Assalamualaikum korang.

Kalau hari tu aku ade post blog pasal aku takut , gementar dan sebagainya. tapi kali ney aku nak post pasal aku happy. bersyukur tak terhingga. Alhamdulillah. syukur kepada Allah sebab bagi aku nikmat yang best ney. walaupun aku tahu, result aku tak lahh mengatakan aku pelajar cemerlang, tapi cukup lahh dapat menggembirakan hati parents aku. waktu aku sampaikan berita gembira kat diorang, alhamdulillah. mak tak marah aku sebaliknya mak kata dah tu rezeki aku. dah usaha, macam tu je lahh hasilnya.



Kawan kawan aku ramai yang cemerlang. bagus lahh. aku bangga jadi kawan korang. hehe, pagi pagi lagi aku dah dikejutkan dengan mesej daripada Anna Maria. katenya result dah keluar. dia suruh aku tengok cepat cepat. aku pn ape lagi, cepat cepat on internet. nasib baek tak loading. hehe.bukak je laman web student portal.... Perhhhh, terkejut aku . satu satu matapelajaran tu aku tenung. okay, Arab A. BEL120 B, HTM B , CTU A, KOKO A ,MATH B , HTT B. waaaaa.... nak nangis pn ade. mane taknye.. selama ney aku maen maen je. dok dalam kelas asal boleh nak online. tak nak dengar ape lect cakap. macam tu je lahh result aku. gempak tak gempak, pointer aku 3. ++ .. hehe.. (hanya yang perlu je tau result aku. sorry :))



Heee.. dapat lahh aku jumpa kawan kawan aku lagi sem depan . bye korang :)



Wednesday, April 25, 2012

Telefon bimbit.

Assalamualaikum :)

Bertemu kembali. haha . dah macam berita plak dah nak bertemu temu. hehe . entry aku kali ney pasal Handphone atau dalam bahasa mudah nye telefon  bimbit. Sekarang ney macam macam model henset ade di jual . daripada yang cikai cikai tahap baling anjing sampai laa yang ke tahap tercanggih or smartphone. Ishh, sape yang tak nak ade henset canggih canggih ney? cakap cikit dengan aku? mesti sume orang nak henset canggih tahap lembu terbang kan? haa, termasuk lah aku. aku memang suke berangan nak pakai smartphone. walaupun gaji ciput, kerja pun part time je , belajar pn tak habis lagi , tapi aku ada hajat besar nak pakai henset canggih . bia terbeliak mate mate orang memandang henset aku. bukan nak riak, tapi saje nak tunjuk, haha . same lahh tu kan ? sengal aku ney. huh!


Okay, back to basic! aku ingat lagi pengalaman aku gune henset. mula mula aku dapat pegang henset sendiri. time tu aku form3 . bulan 6. bersamaan dengan 3 haribulan. haa, ingat lagi tau . mase tu henset aku memang tahap henset baling anjing. kene kepala anjing tu terus mampus anjing tu tau . haha . betape dasyat nye henset aku time tu . yang lagi parah . henset tu turun temurun daripada akak sepupu aku sampai ke ayah aku sampai ke akak aku sampai ke mak aku and baru lahh jatuh ke tangan aku . dapat kat aku, terus jahanam natang tu. hahaha . ganas tak ganas ! 


Haa, hammmiiikkk kau ! ney lahh henset first aku .. agak lama jugak lahh aku pakai henset ney . sampai henset ney mampus dengan sendirinye . ishh, sedih aku . tebarai dia tau . time dy tebarai tu, aku nangis kesedihan . selama ney, henset tu banyak berbakti dengan aku . disebabkan die lahh aku dapat mesej dengan Cinta hati aku. Disebabkan dia jugaklahh aku dapat bergayut call lame2 dengan kawan kawan aku . sedih tau . banyak kenangan gune henset tu . battery memang tak tahan . mase aku gune, hidup dia memang nak kena cas je. 24 jam melekat kat charger . kesian kan ? mak aku kate henset tu dah nazak sangat sampai masuk wad . haha .. terukkk ! lepas kematian henset tu, aku pakai henset laen plak .. tapi nokia cikai jugak . ishh ishh ishh  -.-'


Haha, tak boleyh blahh! aku gune henset ney lame sangat . daripada tahun 2009 sampai la pertengahan 2011. henset ney comel je tau . macam aku comel nye . haha . perasan sudahh! henset ney banyak bagi aku kenangan . banyak function plak tu . walaupun nampak cikai cikai tapi berguna , time rumah aku gelap , henset ney berguna . sebab ade lampu suluh. haha . hambik kau . bahasa baku keluar . hehe . bateri henset ney memang tahan lame beb .terbaekk! bergayut 8 jam pn , bateri 50% lagi . hebat tak hebat? haha . games henset ney best . aku paling suke maen SNAKE. henset ney ade games tu. henset laen ade ? takdee kan? haha , lagi sekali hebat . lepas aku hampir bosan menggunakan henset ney, aku tukar henset laen plak . bermula dari situ lahh aku mula kenal ape tu henset berkamera. haha . ketinggalan zaman lahh aku . huh! bia lahh . -.-'



Nokia C5-03. Ney lahh henset yang aku pakai pada 15 September 2011 sampai lahh 1 Januari 2012. Baru lagi aku pakai henset ney , satu kejadian yang tak di sangka sangka terjadi. :'( rindu henset ney. rindu sangat. aku sayang henset ney sebab aku yang beli sendiri . walaupun tak mahal sangat, tapi tetap sayang . aku beli henset ney gune duit biasiswa yang aku dapat tiap tiap tahun tu . hmm , tak lame lepas tu henset tu hilang. dah kena rompak. :'(  sedih, hanya Allah je yang tahu. BODOH PUNYE PEROMPAK !!Hmm, lepas tu aku gune henset akak aku. buat pertama kali aku guna Sony Ericsson. model lame dah . J105i model nya .





Sampai sekarang aku gune henset ney. walaupun akak aku punye, tapi aku dah buat macam harta sendiri, haha. lantak lahh. sape suruh dia tak jaga henset aku yang Noki C5 tu elok elok .huh!  Sekarang aku bahagia pakai henset tu. walaupun kadang kadang macam vavi, tapi selagi ade henset ney, aku bersyukur sangat. huhu


Tapi sekarang, aku dalam proses nak carik henset sendiri. kawan aku yang comel lagi cantik tu sape lagi kalau bukan ANNA MARIA , suggest aku pakai BlackBerry . Katenye best. dapat bbm dengan dia . secara tak langsung dapat menganjing dengan orang laen. haha .. macam orang laen tak de je . hehe ..  Kata kawan aku merangkap roommate aku plak, dia suggest aku beli NOKIA N9. perhh! buleyh gugur bulu mata aku nak beli henset tu, mahal ya ampunnnn !! :'( tak mampu aku. huhu. lagi sekali dia suggest aku beli Sony Ericsson Xperia .pun mahal jugak. tapi sumenye okay . banyak function. tapi entah lahh. aku dalam dilema nak pilih henset ape . rasa rasanya aku nak guna SAMSUNG NOTE. haha. lagi macam vavi aku punye suggestion. hakk tuuiiihh ! haha . Tak suke henset tu. besar nak mampuihh. dah la mahal . senang citer tak payah pakai henset kan? hehe.. ape pn tak bulehh ..

 Byee~ ;)

Gementar. Huuu -.-'

Assalamualaikum korang..


Cuti sem da dekat sebulan berlalu. Debaran makin laju kat jantung aku ney sebab tarikh nak tengok result makin dekat. Ya ampun, takutnye .. Risau jangan cakap laa. teringat mase aku nak amik result spm dulu. berketar ketar kaki aku . nak berdiri pun rasa tak larat. makin hari makin dekat tarikh 27 April 2012 . Perhhh! takut nye .. kalau lahh result aku tak baek, mesti aku kena hamun gile vavi dengan mak and ayah. yelahh. mane tak kena hamun. dah bagi macam macam kat aku, suruh belajar pn tak buleh. ishh, bertambah risau lagi ney . :'( Aku berdoa sangat result aku elok. pointer aku pn sempurna. nak dapat jadi pelajar DEKAN tu memang mustahil untuk aku. tapi aku ade letak harapan nak jadi macam tu. mana laa tau, sangkut pulak . rezeki rezeki. huhu :)



Menjadi harapan keluarga memang tanggungjawab yang berat untuk aku buat, bukan  senang nak bahagiakan family dengan harapan mak ayah yang menggunung . lagi lagi jadi contoh kat adik adik. tugas yang mencabar. Kalah tugas PERDANA MENTERI. okay, melampau sangat . haha. Kalau ditakdir kan aku cemerlang, Alhamdulillah sangat sangat. Bersyukur kehadrat Illahi sebab bagi aku cemerlang. Mesti happy family aku. huhu. berangan je lebih aku ney. ahaks !!


Buat kawan kawan yang sudi baca entry ney, wish me luck okay. :) bye...

Sunday, April 22, 2012

Sudah setahun 4 bulan. :)

Assalamualaikum korang..

Diam tak diam, bising tak bising, dah dekat setahun setengah aku berkasih bersayang, bercinta bercintun dengan kekasih hatiku yang sorang ney. sape lagi kalau bukan Mohamad Faizal Bin Nazaruddin yang comel tu. hehe.. Waalaupun badai ribut , hujan, taufan, tsunami, kemarau, mendung petir , guruh dan sebagai nya melanda hubungan aku dengan dia, Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana aku masih lagi bertahan dalam hubungan ney. Susah sangat sangat. macam macam perasaan aku alami bila bercinta dengan dia. Bergaduh bertumbuk, bersepak terajang, jangan cakap laa.. banyak kali dah. hehe. *aku tipu je ney. Okay  sambung balek. aku memang dah tak nampak orang lain dah. aku dah tak nak kenal dengan mana mana lelaki dah. cukup lahh dia sorang..

Abang comel kat mata sayang. :)

Sampai macam tu sekali tau perasaan aku kat dia. aku sayang dia sangat sangat. kalau boleh aku nak kawin hari ney jugak dengan dia. hehe. gedik aku dah sampai dah .Ahh, pedulik ape aku, yang pasti aku nak kawin dengan dia. aku sayang dia. :) muah, muahh . hehe ;D rasanya ney lahh kali pertama aku jumpa lelaki yang sangat setia dengan kata kata yang dia pernah cakap kat aku. dia tunai kan ape yang dia dah janji kat aku. Tipu lahh kalau aku cakap, aku tak pernah terasa hati dengan dia. kadang kadang tu ade jugak. mungkin waktu tu aku belum cukup kenal dia. sekarang baru aku tau dia jenis yang macam mane.

Ehhh, juling plak kau eh. hehe ;D

Abang, Sayang harap kan hubungan kita berkekalan sampai ke hujung nyawa kita. i always LOVE u. and i really need u in my life. For the rest of my life sayang.... terima kasih untuk segala galanya. ..

Biarlahh kita bahagia macam ney selama lamanya, sayang. :')


I want to be your wife, your mummy for your children, and your sayang forever and ever. 

yang  penyayang,
cyda sharif.


Saturday, April 21, 2012

Part Time Job.

Assalamualaikum sume :)

Semperna 2 bulan aku cuti ney, aku tak duduk rumah je. tapi aku kerja. saje nak carik duit lebih. yelahh, daripada melangok tengok kanan tengok kiri, tengok belakang, tengok depan.. lagi bagus aku kerja, ade paedah eh sikit. dapat la gaji. dapat duit. buat duit topup ke. nak harap kan PTPTN aku, memang dah habis da. hehe. Kerajaan bagi duit sikit sangat. mana nak cukup. aisshh! tak bersyukur langsung tau. huhu. :)



WELCOME TO 
MY NEW DZ PERFUMES

haha. dah tau kan kat mane aku kerja?? mana lagi kalau tak kat Giant Hypermarket Senawang, N9. tapi aku kerja kat kiosk kecik je. jadi lahh aii. Nama kiosk ney yang macam korang dah tengok kat gambar tadi is MY NEW DZ PERFUMES. akak aku pernah keje kat sini dulu. sebab tu aku pn kerja sini. Bos da kenal. hehe..

Minyak wangi kat sini ORIGINAL NON ALCOHOL. boleh bawak solat la kawan kawan. berwangi wangian mase solat tu kan sunnah rasul. bagi lelaki. perempuan pn takpe kalau nak pakai. cukup lahh sekadar nak elak kan dari bau badan yang tengik tu. hehe...

Jemput lah datang ke kiosk ney. jangan lahh datang je . tapi beli lahh sekali. Murah je kot ..
  1. 3ml = RM15
  2. 7ml = RM35
  3. 16ml = RM80
  4. 25ml = RM120
  5. 50ml = RM220
  6. 100ml = RM400
Tapi korang jangan lahh risau. aku boleh runding harga.  jangan risau k :)Macam macam jenis haruman yang ade. antara nye ...
  • CK by Calvin Klein
  • Ralph Laurent
  • Polo
  • Chanel
  • Giorgio Amani
  • Estee Lauder
  • Dunhill
  • Davidoff
  • CD by Christian Dior
  • Lancome
  • Issey Miyake
  • DKNY
  • Escada
  • Britney Spears
  • Paris Hilton
  • Burberry's
  • and macam macam lagi...
Ikut citarasa korang lahh nak bauan yang jenis macam mana. datang je k. kiosk aku berhadapan butik baju ape ntah nape ae. yang pasti kedai baru. kalau korang nak murah, datang laa time aku kerja ea. hehe :)

Aku kerja tapi di temani bff and bf.
Love u sayang. :)
#gilewebcamdiorangney. ishh! hahaha


Love,
cyda sharif

Rindu bangat!

Assalamualaikum korang... :)

Dah lama sangat rasanya aku tak update blog. Yelahh, kalau update pn bukan ade sape nak baca pn kan. huhu. sedih lahh. da dekat nak sebulan aku cuti sem. kerinduan sangat nak jumpa kawan kawan kelas dengan kawan kawan kolej. paling rindu dengan roommate aku. hmm, bulan 6 nanti baru dapat jumpa diorang balik. miss korang!! :')


Niesa, Ain, Eyya, Eiqa.
Korang rindu aku tak ? :'(


Tak sabar sangat tau nak bulan 6. Aku nak jumpa kawan kawan balik. Gambar kat bawah ney gambar mase aku and classmate berkelah tepi pantai. pengalaman yang sangat indah. memori yang sangat best! tak boleh nak dilupakan. walaupun aku sakit jati dengan budak budak ney yang asyik tarik aku masuk dalam air. ishh, basah jugak lahh baju aku. dah la waktu tu aku sama sekali tak dibenarkan mandi pantai. tak bawak baju spare pulak. dengki betul diorang dengan aku. hehehe.tapi aku tak kisah. benda tu lahh yang buatkan aku rindu dekat diorang.





Warga HM 111 1C yang ceria! ;)



dari hati ke hati,
cyda sharif