Tuesday, September 25, 2012

Final Examination.

Assalamualaikum..

Kali ney update lagi. Yeah uollss. Kali ney nak update pasal final nak dekat. Buat pelajar Diploma UiTM, hari Isnin bersamaan dengan 1 Oktober adalah tarikh bermulanya final examination. Tak terkecuali, aku. Ye aku! Sekali lagi aku diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab *cewahh, ayat nak power, Haha. Okay sambung balik. Aku telah diberi tanggungjawab untuk menduduki peperiksaan akhir ini untuk kali yang kedua. Kalau last sem aku dah alhamdulillah buat yang terbaik, kali ney aku akan pastikan buat yang triple kali baik dan bagus untuk dapat keputusan yang cemerlang.


Last sem dah terbukti kemampuan aku cuma boleh dapat CGPA: 3.22, tapi insyaAllah, sem ini aku akan buat lagi lebih dari last sem. Kalau dapat dekan tu dah kira bonus laa uolls. kan kan?? :) Bukan senang nak dapat dekan (3.50 pointer and above untill 4.00). Bukan mudah ye kawan kawan tapi itu sume tak mustahil boleh buat dan dapat. Buktinya, ramai je yang dekan. Kalau diorang boleh, why not aku tak boleh kan? Selagi kita ada usaha nak mencuba, selagi itulah kejayaan makin menghampiri kita.

Aku ada prinsip tersendiri yang aku ubah suai. KALAU ORANG BOLEH BERJAYA, KENAPA AKU TAK BOLEH? KALAU ORANG LAIN BOLEH CEMERLANG, KENAPA AKU TAK BOLEH? BERUSAHA LAHH SHAHIDAH! UNTUK MENJADI YANG TERBAIK BUKAN MUDAH. TAPI SEMUA ITU TAK MUSTAHIL. JADIKAN IBUBAPA SEBAGAI PENGUAT SEMANGAT. TAPI JANGAN DILUPA ALLAH SWT. SENTIASA LAH BERDOA UNTUK MENDAPAT BERKATNYA. 

Aku mengaku, kadang kadang aku ada terleka dan lalai untuk menunaikan perintahNya. Sebagai manusia, aku banyak melakukan kesilapan. Aku tak sempurna. Takde manusia yang sempurna! Bila aku terlalai melakukan suruhanNya, aku beruntung dikurniakan kawan yang saling menasihati aku untuk mengingatkan aku kembali ke garisan yang betul. Tak dinafikan, kehidupan sebagai seorang pelajar memang memenatkan. Takde masa nak berhibur, takde masa nak tengok tv. Yang ada masa layan Twitter and fb je. Itu pn bukan selalu dan tiap masa. Waktu tidur pn sentiasa tak cukup. Tidur pukul 3 pagi, pukul 8 ada class. Tak cukup tidurkan? Dan sebab tu berat badan aku makin berkurangan. Daripada 49kg turun mendadak menjadi 43kg.


Ditambah dengan masalah cinta yang tak berkesudahan, itu yang membuatkan aku menjadi lemah. Semakin lemah dan tak berdaya nak teruskan perjuangan sebagai pelajar. Aku lagi sekali mengaku dengan tanpa malunya, banyak paper yang aku failed! Baru part 2, dah banyak lingkup. Aku risau! Aku takut dengan markah yang aku dapat. Makin lama makin corot. Bila keinsafan datang, baru aku terhegeh hegeh nak buat itu, nak buat ini. Baru fikir nak solat mintak ampun maaf segala dosa dosa. Mintak pada Allah memberi kecemerlangan dunia dan akhirat. Baru ada perasaan sedih bila teringatkan keluarga. Teringat kat mak ayah yang nak sangat tengok anak nya berjaya.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Disaat aku sedih mengenang nasib, aku ada kawan kawan, boyfriend, abg angkat yang ada bila aku perlukan. Syukur ada bf yang memahami. Banyak bagi semangat pada aku bila aku down sangat. Dialah yang happy kan aku. Sebab tu lah aku sayang sangat kat dia. :') Nah, aku tayang bbm aku dengan dia. Tapi sikit je. Huhu :')


Tak dilupa, orang yang sentiasa ada bila aku ada masalah dah tentulah abg keangkatan aku. Haha. dia baik, dia selalu bagi nasihat. :')

Whatsapp 1:

Whatsapp 2:



Tu kan, aku tak tipu. Dia bagi semangat untuk aku berjaya. Terima kasih sangat sangat. Tak dilupa roommate. Walaupun ada perasaan sakit hati kt roommate sendiri, tapi diorang tetap ada bila aku perlukan. Diorang laa tempat aku nak ajak belajar account sama sama. Almaklum laa, dapat satu bilik dengan budak DAIS. hihi. Rezeki. Thanks semua orang. :)

InsyaAllah, final kali ney, aku akan buat yang terbaik. Kejayaan aku ney pn untuk mak ayah jugak. Buat kawan kawan sesaing aku, goodluck uolls! Semoga berjaya! haha. :D Okay, sampai sini je lahh. bye uolls  ;') Buat sapa yang sudi baca, doakan saya dapat keputusan cemerlang reult final nanti, InsyaAllah...


Monday, September 24, 2012

Broken English.

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dapat jugak aku update blog comel aku ney. Dah bersarang sangat rasanye ney. Takde cerita yg best nak distory. Almaklum laa..awok ney bukan blogger famous the most. kalau aku update pn aku jugak yg baca. Kesian kan? Haha. Takpelah. janji dapat memberi kepuasan diri.

Broken english? Kenapa aku post title sedemikian rupa? Sebab aku nak bagi tahu kalian yg sudi membaca ney, bahawa aku mempunyai pengusaan bahasa inggeris yang sangat teruk! Ye, aku tak tipu. Memang daripada aku sekolah rendah lagi, aku punya english sangat teruk. Bukan aku tak nak cuba improve kan, tapi aku dah cuba macam macam. Aku mencari kawan yang pandai bahasa inggeris. Tujuannya biar aku ney pandai english. Dapat sama sama belajar dengan dia. Tapi still tak boleh lagi. Aku cuba lagi, kali ney aku beli kamus elektronik. ye uolls. Aku suruh ayah belikan kamus elektronik untuk kemudahan aku belajar english. Tapi.......


Bila SPM, aku masih C dalam bahasa inggeris ney. Aku cuba pulak nak speaking english. Aku sentiasa mencuba yang terbaik walaupun aku tahu, aku memang tak boleh nak cakap english. Bila dah masuk U, apa yang penting ialah aku kena cuba speak in english. Semua assignment mesti dalam bahasa inggeris. Yang dalam bm pn, cuma CTU je. (mata pelajaran agama). Bila dah masuk part 2, lagi lah mencabar iman aku. Aku ada presentation yang mewajibkan aku cakap bahasa inggeris.

Aku memang terasa hina dan malu bila ada kawan yang sangat bagus inggerisnya. Macam Ain, Yani, Eyaa. Diorang pandai speaking. Aku? cuma mampu senyum. :) Aku cuba nak improve kan english aku. Aku selalu bertanya meaning yang aku tak tahu kat diorang. Memang terasa malu yang amat, tapi bila nak belajar, sepatutnya malu tu dikikis. Kadang kadang aku terasa aku macam orang bodoh. Hmm, pemtingnya bahasa inggeris ney ye? -.-'



Aku risau sangat. Macam mana la aku nak kerja nanti kalau bahasa inggeris aku teruk. Ada ke syarikat yang nak kan pekerja bercakap dalam bahasa melayu je? Mesti takde. Takpe lahh. Selagi ada masa nak belajar, aku akan belajar bahasa inggers ney. Orang lain suruh aku tengok cerita Oh My English! Tapi syg sangat sebab aku takde astro. Tak boleh nak tengok. Kalau ada masa aku tengok jugak cerita tu kat youtube. :)



InsyaAllah, kalau kita mencuba dengan ikhlas, hasilnya mesti berbaloikan? Okay uolls, Thanks reading my blog. See you next update. Ahaks!! OH MY ENGLISH!!!! :P