Sunday, November 25, 2012

PromiseTamangPhan.

 
Assalamualaikum..
 
 
 
Korang selalu tengok you tube tak? Korang kalau tengok you tube selalu bukak pasal ape je eh? Lagu eh? Ke video yang tak berapa nak menarik tu? Ha, ney aku nak promote sorang artis you tube. Bukan Ainan Tasneem atau Najwa Latif. Juga bukan blogger terkenal si Maria Elena. Tapi TamangPhan. Korang kenal tak? Mesti tak kan? Hmm, Ape laa.
 
Kalau korang kenal Michelle Phan, korang mesti akan kenal dia. TamangPhan ney sama je keje dia dengan Michelle Phan. Buat video untuk make up transformation. Cer korang tengok nanti. Best tau. Kalau Michelle buat transformation make up, kadang kadang ada yang tak menjadi. Tapi kalau korang tengok dia. Masya Allah, menjadi gila. memang terbaik!!!


Ney muka original dia.
 
 
 
Transform to Angelina Jolie!!

 
Transform to Kate Middleton!!

 
Transform to Scarlett Johanson

 
Transform to.... Erm , tak tahu la nama watak ney. Tapi dalam citer X Men. Hee :D


Untuk pengetahuan korang jugak, dia boleh transform jadi lelaki. Macam macam barang make up yang dia guna. Tap hasilnya memang perhhhh!!! caya lah. Aku memang respect  habis kat dia sebab berani jadi artist make up macam ney. Macam macam muka dia boleh buat!


 
Transform to Johnny Depp dalam Pirates Of Caribbean.

 
Transform to Chris Brown!!

 
This is Tamang Phan!!! :*
 
Kalau korang nak tengok macam mana dia make up, boleh la search kat you tube and subscriber PromiseTamanPhan okay. This is her link. klik here :)
 
 
Thanks reading. Bye... :')

Saturday, November 24, 2012

Popularkah aku???

Hello dan Assalamualaikum....

Kalau korang tengok title entry aku kali ney, mesti korang nak bash aku kan? Heyy, jangan buat dulu. Sila dengar penjelasan lanjut daripada aku k. Baca sampai habis entry aku kali ney.

Memang bukan niatku nak berbelagak dan terlagak dengan kurniaan yg Allah SWT berikan. Aku bersyukur sangat diberi wajah yang cantik dalam keadaan ada hidung, mata, telinga senang citer cukup sifat. Syukur alhamdulillah. Bukan lah aku nak kata yg kelainan upaya tu tak cantik, tapi percayalah! Setiap kurniaan dan perkara yang Allah SWT jadikan itu sangat indah dan cantik-cantik belaka.



Tapi apa yang buat aku rasa marah bila ade yang dengan selamba khinzir mengherdik dan menghina aku tanpa sedar dah buat aku rasa nak lempang dia tu. Tak perlulah aku nak screen grabber apa yang dia dah kata kat aku. Yang pastinya, bila korang baca mesti akan sentap dan rasa terhina dengan kata kata dia. Mungkin dia sudah cukup sempurna? Hmm...

Bila aku membilang dengan jari jemari halusku yang berkuku pendek nak mampus ney, dah ramai sangat yang mengata aku sebegitu rupa. Adakah mereka ney semua dapat kepuasan kerana menghina aku. Ahh! Tak peduli pun. Biarlah mereka mengutuk dan mengata aku, tapi masih ada yang sudi mahu berkawan dengan aku. EHH, ARTIS KE KAU NEY CYDA?? Mesti korang terpikir macam tu kan? Oh, jawapannya TIDAK! Aku bukan lah artis juga bukan sesiapa yang hot dan popular dilaman sosial.

Aku cuma insan lemah yang selalu online duapuluhempatjam lamanya. Aku juga bukan insan yang selalu mencipta publisiti murahan seperti AYUNI. Ehh, Ayuni mana lakk ney? Hahaa. Hanya yang selalu dilaman Twitter sahaja yang mengenali dia. Hari ney bersamaan dengan 24 November 2012 dia sangat famous dengan pengakuan berani mati dia tu. Okay, forget about her. I've got nothing if aku cakap pasal dia. huahuahua k stop!

 
Tweet from that girl. (1)

 
Tweet from that girl (2)

Seperti yang telah aku katakan tadi, biarlah ada segelintir yang memaki aku dengan mengatakan aku sombong tahap cipan bersalin, aku tak peduli kerana masih ada yang sudi mahu berkawan dengan aku. Tapi keikhlasan mereka aku ragui. Mungkin sebab nak kawan kat fb je kot. Maybe... Tapi hati manusia ney Allah je yang tahu.

 
My facebook friend request. Cyda Sharif.


Kita sebagai manusia takde yang perfect. Banyak kekurangan. Jadi tak perlu laa sesama manusia saling mengata dan menghina. Buat Ayuni, awak patut bersyukur jadi rakyat Malaysia, Negara yang aman. Jangan kerana k pop awak jadi macam ney. :)

Salam sayang.....

CydaSharif

Saturday, November 17, 2012


Assalamualaikum….

Fuhh, dah lama aku tak mengupdate blog ney. Sebenarnya banyak masa terluang tapi macam tak terdaya nak menaip. Sekarang baru ade kedayaan dan keupayaan untuk menaip. Perasaan nak update kemain berkobar kobar tapi bila ade perkataan M membuat aku jadi tak berdaya balik. Bila dah dikikis M tu, ha ney lah dia hasilnya. Eh belum lagi. Masih ada lagi yang aku nak bualkan kat sini.

Aku sebenarnya tak pandai nak buat cerita macam kisah dalam novel tu. Kisah percintaan yang akhirnya pasti dengan kebahagian si hero dengan heroinnya. Aku tak pandai nak menggabungkan dialog diantara mereka. Cukup lah aku buat semua tu masa buat karangan trial SPM. Dengan habis yang berbaloi, Alhamdulillah bm aku A masa trial. Good job girl! :D

Okay, apa yang aku nak ceritakan ney sume takde kena mengena dengan mana mana kisah dalam buku rentetan kisah percintaan yang dijual dipasar raya mahupun kedai buku MPH atau POPULAR. Niat aku bercerita bukan berniat untuk membuka pekung didada. Ianya hanya untuk dijadikan teladan pada sesiapa yang sudi meluangkan masa menziarahi dan membaca entry aku kali ney.

4 tahun lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki yang tak payah laa aku nak sebut siapa. Aku lah manusia yang paling happy sebab dapat berkenalan dengan lelaki yang dah jadi pujaan hatiku itu. Bukan mudah nak dekat dengan dia. Sebab dia sudah pun berpunya dan aku langsung tidak berniat nak merampas dia daripada sesiapa. Apa yang mengejutkan aku, akhirnya hubungan mereka yang dah terbina dekat 3 tahun musnah sebab kecurangan kekasihnya. Aku bersimpati pada dia. Aku kesian kenapa tergamak sangat perempuan tu melakukan sedemikian rupa. Ye, waktu itu aku langsung takde pengalaman bercinta mahupun suka pada sesiapa. Cuma berani maen cop cop pada lelaki yang nampak segak dan tampan macam Shamsul Yusuf tu.

Waktu berlalu dan terus berlalu. Aku bahagia disamping dia dengan satu ikatan yang tak sah. Ye. Couple! Bila dah disatukan macam tu, hidup aku terikat pada dia. Aku boleh katakana yang aku terlalu sayangkan dia. Aku tak nak dia kecewa sebagaimana dia pernah dikecewakan oleh bekas kekasihnya. Biarlah diganti dengan 10 Shamsul Yusuf sekali pun, aku takkan berpaling pada dia yang aku sayang. Aku perjudikan masa depan aku pada dia. Jangan salah paham ye. Aku sayangkan dia tapi aku tak pernah menyerahkan sesuatu yang berharga pada dia yang belum bergelar sang suami. Aku Cuma menyerahkan jiwa dan mental aku pada dia. Aku terlalu harapkan dia menjadi sempurna dimata aku. Aku taknak sesiapan pun datang memisahkan aku dengan dia.

 Tapi aku silap! Ye aku silap. Aku buta menilai sesuatu dalam hidup aku. Aku dah terlalu banyak membelakangkan keluarga aku. Aku tak sedar perbuatan aku selama ney banyak mendatangkan kekecewaan pada keluarga aku. terutamanya mak dan ayah. Aku bahagia disamping si dia tanpa aku tahu, mak ayah aku lagi bahagia  kalau aku perjudikan kasih sayang aku pada mereka. Aku mengabaikan pelajaran ku hanya semata demi kebahagian aku dengan dia. Kerana kebutaan aku, aku hampir hampir menyedihkan kedua ibu dan bapa ku. Mereka kecewa apabila keputusan final exam ku ranap. Jatuh gedebung gedebang kebawah yang terlalu kebawah. Pointer ku terlalu sedikit berbanding sem yang lepas. Azamku untuk menjadi anak yang cemerlang tidak tercapai. Aku sedih. Aku terlalu melebihkan sidia tanpa aku tahu, mak dan ayahku dah kecewa dengan aku. Ya Allah, berdosa sangat rasanya pada mereka. Aku tak ingin perkara itu berlaku lagi. Aku tak nak melihat mereka kecewa dengan aku hanya kerana aku punya kekasih hati. Tidak salah untuk bercinta, tapi biarlah padan pada gayanya.

 

Pada mereka yang sudi membaca, sayangilah kekasih anda tu. Tak salah. Tapi biarlah anda sayangkan orang yang selayaknya anda sayang. Cintailah ibu bapa anda sebelum anda mencitai orang luar yang datang entah dari mana. Kebahagian ibu bapa harus didahulukan. Biarlah kita cacat dimata kekasih kita, tapi jangan cacat dimata ibu dan bapa kita. Mereka adalah kurnian Allah yang tidak ternilai. Hilang kekasih seorang, kita boleh menggantikan dia dengan berpuluh puluh manusia diluar sana. Tapi kehilangan ibu dan bapa tidak kan boleh diganti dengan sesiapa pun termasuk makcik dan pakcik kita sendiri. Ya Allah, berdosa aku pada emak dan ayahku. Hanya Allah sahaja yang bisa mengampuankan dosa-dosa aku selama ini terhadap mereka. Semoga kemaafanku diterima yang maha Esa. InsyaAllah :’)