Powered By Blogger

Sunday, December 9, 2012

Kasih Tak Terbalas.

 
 
Sayang, kenapa kau berubah?
Sayang, kenapa kau makin menjauh?
Sayang, kenapa kau membenci aku?
Sayang, kenapa kau...............??
 
 
Bila disoalkan, banyak persoalan yang akan timbul. Perasaan yang hadir dalam hati ney tidak aku pinta. Aku sendiri tak pernah mahu perasaan ini menapak dalam jiwa aku. Makin aku menepis, makin laju ia hadir.
 
 
Apa salahku sayang?? Apa salahku sampai kau tegar menyakitiku?? Aku sudah sedaya upaya mempertahankan sehabis boleh untuk cinta kita. Tapi apa yang aku dapat? Cuma perasaan sakit hati dan sedih.  Ya Allah, selama ini, dialah yang aku puja. Selama ini, dialah yang aku sayang. Aku tak pernah berfikir mahupun berniat mahu mencari pengganti dirimu. Kau terlalu istimewa buatku.
 
 
Kasih sayang aku padamu tidak tergambar dengan kata-kata... Padamu aku memohon Ya Allah, hatiku terlalu sakit untuk meneruskan layar impian cinta antara aku dengan si dia. Kau berikan lah aku petunjuk mu. Sekiranya dia jodohku, kau tabahkan la hatiku ini. Sekiranya dia bukan jodohku.... Kau tabahkan juga hati hambamu supaya menerima takdirmu dengan hati yang redha.
 
 
Pelbagai halangan aku tempuh. Pelbagai tomahan aku terima. Hanya kerana aku pertahankan cinta aku pada kau wahai sayang.
 
Dulu..
"Mak tak suka kau kawan dengan di tu. Ramai lagi lelaki yang ade. Kenapa kau pilih dia?"
"Kau kenapa bodoh sangat ney cyda? Dia tu dah ade perempuan lain la. Dia tu aku tengok macam tak serious je dengan kau."
"Kau jangan la sia-siakan waktu kau dengan orang macam tu cyda."
 
 
Sekarang...
"Mak tak kisah kau dengan dia. :)"
"Aku suka la tengok kau dengan dia. Semoga bahagia.  :D"
 
Aku telah cuba. Cuba pertahankan hubungan kita sayang. Walau ape pn halangan, aku redah. Tapi kenapa bila segala galanya berjalan seperti biasa, kau hancurkan harapan aku?? Kau meninggalkan aku tanpa sepatah bicara. Aku kehilangan senyum tawa mu. Kau makin pergi jauh dariku.
 
 
Apa salahku sayang?? APA?????? :'(
 
 
*Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu....