Tuesday, May 21, 2013

Kau kenal aku pn tidakkk!

Assalamualaikum...


Makin lama, makin tinggi tahap kemalasan aku nak update blog. Aku lebih rela digelar pemalas daripada digelar sombong. Pahal doh kau kata aku sombong? Ada tulis ke kat dahi tu "SOMBONG" besar besar?? ha? Ada? Takde rasanya. Dah tu, asal laa kau kata aku sombong!

Sebab aku tak approve kau kat fb aku? Sebab aku tak approve kau kat WeChat? Tu kau kata sombong? Tahi! Aku approve orang yang aku kenali. Maaf, aku bukan manusia yang suka melayan orang tak kira bangsa tak kira jantan betina.

Bukan sebab aku dah ada yang punya aku menyombong. Tapi sikap kau sendiri yang buat aku tak peduli kan kau. Malas lah nak layan orang yang sikit sikit "Awk, nak kenal." "Awk, nak no phone." Apa ney??? Tak gentle gila!

Bila aku kata "Sila laa kenal. Nama saya Shida. Awak pula?" Dah kau pulak kata "Awk, jom couple?" Ehh, apa ney gila?? Kau mental ke sihat ke tidok? Apahal lain aku tanya, lain kau jawap. Dasar manusia!

Tu bila aku reply apa apa message yang aku terima. Bila aku abaikan message tu, kau kata lagi "Woi betina, kau ingat kau lawa sangat ke ha? Poyo lah kau, orang message pn tak nak reply. Ingat kau cantik sangat laa tu?"

Apa ney awak...... Apa masalah awak? Kalau dah tahu yang saya ney CANTIK SANGAT pahal awak message saya lagi? Pergi lah dipersilakan message dekat orang lain. Haduhhh.... Masalahbetul!

Wednesday, May 1, 2013

Smartphone. I need it!

Assalamualaikum...
 
 
Hah, berhabuknya blog aku ney. Lamanya aku tak usik blog ney. Sian dia ye, akak tinggalkan dia ye. Akak shelalu bukak twitter shampai lupa kt awak. Shorry leee. (mcm cakap ngn kucing plak.)
Hmm, cuti sem dh lama berlangsung. Aku sekarang tengah berbulan madu dengan percutian singkat aku ney. Harap tiada benda yang busuk berlaku sepanjang percutian aku ney. Tapikan, selalunya kalau cuti sem, mesti ramai member aku cari peluang untuk cari duit. Caranya pegi kerja part time. Aku pun sama jugak. Macam biasa la. Part time kat tempat kerje lama aku dulu tu. Alaa, jual perfumes tu...( Kesian kau cyda, takde tempat lain nak keje. haha)
 
Niat aku kerja first of all mestilah nak cari duit lebih. Nak harapkan ptptn memang dh habis laa cite dia. Berapa ribu sangat. Kalau RM10K ke mampu laa tanggung aku sampai cuti sem. (hikhikhikkk tak reti bersyukur punye orang. Orang dh bagi pinjam tu cukup baik lah kan.)
 
Bb saya yg comel mcm tuan dia. Hihi. Sapa nak beli? Saya jual RM 800. hahaha
 


Aku biasanya kalau cari duit mesti ada satu tujuan. Ha, nak beli phone baru. Please money, come to me. Come to me.,..... :D  Bukan tak bersyukur walaupun dah ade BlackBerry. Tapi aku nak jugak macam orang lain., De handphone touch screen. Boleh main Instagram. hikhik.. Selalunya phone Ain jadi mangsa aku. Asal amik gambar je guna phone dia. Asal nak main game je kat iPod dia. Shian Ain tau. So, disebabkan tak nak nyusahkan dia lagi, (ecehhhhcehh.haha) aku pun berhasrat nak beli phone lain. Tak nak laa guna bb lagi. Aku dah hilang kesabaran guna smartphone yang tak berape nak smart tu.
 
iPhone 5 yg menjadi idaman saya. :*
 
Actually, aku nak sangat pakai iPhone. Teringin weyh. Sape tak nk guna phone tu kan. Canggih, ada brand, ada epal. Handphone lain takde pun lambang buah jadi symbol dia. Dah laa camera iPhone ney cantik. Macam macam application boleh install. Kalau bb, terhad sangat applicationnya. Nak main game pun tak boleh. Klau iPhone syok ohhh. Cuma satu je kelemahan iPhone ney. Tak boleh jatuh!! Fuhh, kalau aku pakai phone, tak pernah tak jatuh. Mesti jatuhnya lah. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali. Jahanam iPhone.... :(
 
Tapikan bb dah keluar model baru dia tau. Cantik pulak aku tengok. Tapi harga dia tak yah sebut lah. Hanya yang mampu sahaja mampu memilikinya. Antara orang yang dah pakai BlackBerry Z10 tu macam Dato' Siti Nurhaliza, Fazura, and ade laa lagi artis ney. Hmm, mampu ek diorang? Aku??? Aku tak payah tanya laa. Memang MAMPU sangat dah ney. Memang kerja 5 bulan pun belum tentu dapat beli. Kecuali kalau aku tak usik langsung duit gaji aku. Aku simpan dalam bank sampai dia beranak pinak. Tapi aku cuma manusia biasa. Mesti aku terguna jugak duit tu.
 
 
New BbZ10. Lawa tak? :*
Penyelesaiannnya memang aku kena jugak laa pakai bb aku ney. Nak tak nak sabar je laa. Sabar ye cyda. Kau kahwin dengan Dato' Seri ke, Tan Sri ke baru kau boleh pakai phone kau nak tu ye. Bukan phone je kau dapat, rumah, kereta, hotel, syarikat sume orang tu bagi kat kau. (Iee, mata duitannya aku. Hahaha.)
 
Thanks reading... :)