Monday, September 23, 2013

Hanya Coretan Naluri.

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya aku tak update apa-apa. sorry. Busy sikit. Lagipun takde mende yang nak diceritakan. Nah, dah kumpul sekian lama, baru aku ada hati nak menaip panjang panjang nak ceritakan segalanya yang dah berlaku. Aku bukan jenis yang suka berkongsi cerita. Tapi aku jenis yang suka meminta pendapat dalam masa yang sama aku dah tercerita semuanya pada orang. Hmm, sekurang-kurangnya hati aku tenang. Selain luahkan kat yang Maha Pendengar, aku jugak dapat luahkan kat kawan kawan.

Korang tahu ape tu cinta? Tahu tak apa maksud sebenarnya? Kalau tahu sila laa bagi tahu kt aku. Aku rasa aku pernah jatuh cinta. Banyak kali kot. Jatuh cinta kat retis yang hensem hensem sadoo grrr gitu ha kauu.. jatuh cinta kat pemandangan ciptaan Allah dan aku jugak pernah jatuh cinta kat keindahan macam macam. Tapi buat pertama kalinya aku jatuh cinta terhadap sorang insan.

Yup, sorang insan yang bergelar lelaki. Bertahun lama aku dengan dia. Macam macam kenangan manis pahit tercipta. Tapi Allah maha berKuasa. Dia lagi berhak menentukan apa yang terjadi untuk masa depan hambaNya. Aku pasrah akhirnya cinta yang aku agungkan tu akhirnya terlerai jugak. Mungkin kerana salah faham yang hebat antara kitorang, tak pun kerana sudah jemu bertahun belek muka yang sama. Atau pun dah takde lagi rasa sayang dalam hati.

Aku redha kalau Allah dah jarakkan hubungan aku dengan dia menggunakan seorang perempuan lain. Watak lain yang tiba tiba mencelah dalam lakonan aku dengan dia. Aku terima kalau kasih sayang dia dah berubah ke arah orang lain. Aku terima semua tu dengan hati yang ikhlas. Walaupun sakit, aku tahu sakit ney tak lama. Aku hilang sorang je orang penting dalam hidup aku. Tapi aku tak pernah hilang 6 orang ahli keluarga ku. Aku tak pernah hilang kawan kawan yang selalu mendoakan kebahagiaan aku.

Selama bertahun aku serahkan perasaan ney pada sidia, selama bertahun jugak lah aku nak ubati balik perasaan yang dah hancur ney. Aku ada tanggungjawab lain. Aku ada tujuan lain yang aku nak selesaikan. Aku ada harapan yang tinggi nak berjaya dalam pelajaran. Aku tak nak apa yang aku dapat apa yang aku dah usahakan musnah sebab satu perasaan ney.

Final exam nak dekat. Lepastu tamatlah semester 4. Lagi satu sem menanti lepas tu practical and last, aku grad! Itu yang aku nak. Mohon perasaan ney sila laa pergi jauh jauh. Aku tak jahat walaupun kadang kadang aku nakal. Aku tak busuk hati nak doakan keruntuhan hubungan orang. Ye memang betul, orang yang bahagia atas pemderitaan orang lain, dia takkan bahagia selamanya. Tapi aku tetap doakan yang terbaik buat si dia dan pasangannya.

Semoga hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin, kekal ke akhir hayat, InsyaAllah... Juga semoga aku terus bahagia bersama family dan kawan kawan. Allah SWT dah tulis perjalanan hidup setiap hambaNya di dunia ini. Allahualam....