Saturday, October 26, 2013

Hilang punca.

Assalamualaikum..

Sebulan dah berlalu, kejadian tu masih berlegar kat kepala.
Setiap kali pejam mata, drama bermula.
Setiap kali drama bermula, airmata keluar dengan tak sengaja.
Aku tak mintak perasaan ney datang.
Aku lagi berharap perasaan ney pergi..

Tapi....

Pandang sekeliling, mula semuanya macam wayang.
Putar balik apa yang dah berlaku 5 tahun lepas.
Pandang macam macam tempat, kenapa semuanya pasal kau aku ingat?
Aku tak tahu apa punca aku jadi macam ney.
Seakan akan hilang pertimbangan, teringat benda yang dah lepas.

5 tahun perkenalan, 3 tahun jalin hubungan, selama lamanya aku takkan lupakan...

Biarlah hati perasaan ney terus macam ney.
Ingat kenangan yang dah tak perlu diingatkan lagi.
Asalkan aku tak kacau hubungan mereka.
Moga Allah SWT temukan aku pula dengan kegembiraan.
InsyaAllah.... :)




Cyda.

Friday, October 11, 2013

Im Strong.

Dugaan datang, Allah tak bagi tahu bila, kat mana dan untuk apa.
Aku tahan, aku sabar, aku terima.
20 tahun umur aku, aku dah rasa sakitnya hati.
2 orang yang aku sayang pergi.
Kalau pergi mati aku redha.
Kalau pergi masih ada depan mata, apa boleh buat?


Kawan bertahun lama musnah kerana sepotong.
Bukan sepotong kek Secret Recipe yang sedap.
Tapi sepotong bangkai daging gajah yang maha berbau.
Faham makna sahabat?
Susah senang mati bersama.
Makan sepinggan, tilam single jadi queen.


Aku redha kau pergi.
Kau pergi bawak hati aku yang kau dah tikam tikam dengan pisau rembo.
Walaupun tak tajam tapi tumpul lebih menyakitkan.
Kau blah, aku blah.
Sekarang dah lama berlalu, aku pun dah lupa pasal kita.
Terima kasih kawan...


Kekasih...
Kau memang tak guna.
Kau tinggalkan aku waktu aku nak berperang dengan kertas final semester.
Kurang ajar betul kau buat aku macam sampah yang kau sepak masuk ke longkang.
Dari sekolah sampai masuk university, kau yang aku puja.
Sekarang kau blah pergi kat orang yang kononnye mampu fahami jiwa raga kau.
Pergilah pergi!
Aku terima dengan hati yang berkuasa sakitnya.
Aku mohon kau bahagia untuk selamanya.


2 insan aku pernah sayang makin bahagia.
Yang aku pinta, korang pergi jauh jauh daripada aku.
Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku.
Aku tak nak luka yang dah mula nak sembuh berdarah balik.
Mungkin ada hikmah kenapa benda ni jadi.

Aku cuma perlu bersabar dan terus bersabar.
Kekuatan aku adalah diri aku sendiri.
Aku tak minum Tongkat Ali, Kacip Fatimah, 100 plus nak jadi kuat batin.
Aku cuma perlu memohon kekuatan dari yang Maha Esa.
Hanya Dia pendengar setia.
Setia untuk selamanya........

 
 
 
Cyda.