Powered By Blogger

Sunday, December 9, 2012

Kasih Tak Terbalas.

 
 
Sayang, kenapa kau berubah?
Sayang, kenapa kau makin menjauh?
Sayang, kenapa kau membenci aku?
Sayang, kenapa kau...............??
 
 
Bila disoalkan, banyak persoalan yang akan timbul. Perasaan yang hadir dalam hati ney tidak aku pinta. Aku sendiri tak pernah mahu perasaan ini menapak dalam jiwa aku. Makin aku menepis, makin laju ia hadir.
 
 
Apa salahku sayang?? Apa salahku sampai kau tegar menyakitiku?? Aku sudah sedaya upaya mempertahankan sehabis boleh untuk cinta kita. Tapi apa yang aku dapat? Cuma perasaan sakit hati dan sedih.  Ya Allah, selama ini, dialah yang aku puja. Selama ini, dialah yang aku sayang. Aku tak pernah berfikir mahupun berniat mahu mencari pengganti dirimu. Kau terlalu istimewa buatku.
 
 
Kasih sayang aku padamu tidak tergambar dengan kata-kata... Padamu aku memohon Ya Allah, hatiku terlalu sakit untuk meneruskan layar impian cinta antara aku dengan si dia. Kau berikan lah aku petunjuk mu. Sekiranya dia jodohku, kau tabahkan la hatiku ini. Sekiranya dia bukan jodohku.... Kau tabahkan juga hati hambamu supaya menerima takdirmu dengan hati yang redha.
 
 
Pelbagai halangan aku tempuh. Pelbagai tomahan aku terima. Hanya kerana aku pertahankan cinta aku pada kau wahai sayang.
 
Dulu..
"Mak tak suka kau kawan dengan di tu. Ramai lagi lelaki yang ade. Kenapa kau pilih dia?"
"Kau kenapa bodoh sangat ney cyda? Dia tu dah ade perempuan lain la. Dia tu aku tengok macam tak serious je dengan kau."
"Kau jangan la sia-siakan waktu kau dengan orang macam tu cyda."
 
 
Sekarang...
"Mak tak kisah kau dengan dia. :)"
"Aku suka la tengok kau dengan dia. Semoga bahagia.  :D"
 
Aku telah cuba. Cuba pertahankan hubungan kita sayang. Walau ape pn halangan, aku redah. Tapi kenapa bila segala galanya berjalan seperti biasa, kau hancurkan harapan aku?? Kau meninggalkan aku tanpa sepatah bicara. Aku kehilangan senyum tawa mu. Kau makin pergi jauh dariku.
 
 
Apa salahku sayang?? APA?????? :'(
 
 
*Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu....


Sunday, November 25, 2012

PromiseTamangPhan.

 
Assalamualaikum..
 
 
 
Korang selalu tengok you tube tak? Korang kalau tengok you tube selalu bukak pasal ape je eh? Lagu eh? Ke video yang tak berapa nak menarik tu? Ha, ney aku nak promote sorang artis you tube. Bukan Ainan Tasneem atau Najwa Latif. Juga bukan blogger terkenal si Maria Elena. Tapi TamangPhan. Korang kenal tak? Mesti tak kan? Hmm, Ape laa.
 
Kalau korang kenal Michelle Phan, korang mesti akan kenal dia. TamangPhan ney sama je keje dia dengan Michelle Phan. Buat video untuk make up transformation. Cer korang tengok nanti. Best tau. Kalau Michelle buat transformation make up, kadang kadang ada yang tak menjadi. Tapi kalau korang tengok dia. Masya Allah, menjadi gila. memang terbaik!!!


Ney muka original dia.
 
 
 
Transform to Angelina Jolie!!

 
Transform to Kate Middleton!!

 
Transform to Scarlett Johanson

 
Transform to.... Erm , tak tahu la nama watak ney. Tapi dalam citer X Men. Hee :D


Untuk pengetahuan korang jugak, dia boleh transform jadi lelaki. Macam macam barang make up yang dia guna. Tap hasilnya memang perhhhh!!! caya lah. Aku memang respect  habis kat dia sebab berani jadi artist make up macam ney. Macam macam muka dia boleh buat!


 
Transform to Johnny Depp dalam Pirates Of Caribbean.

 
Transform to Chris Brown!!

 
This is Tamang Phan!!! :*
 
Kalau korang nak tengok macam mana dia make up, boleh la search kat you tube and subscriber PromiseTamanPhan okay. This is her link. klik here :)
 
 
Thanks reading. Bye... :')

Saturday, November 24, 2012

Popularkah aku???

Hello dan Assalamualaikum....

Kalau korang tengok title entry aku kali ney, mesti korang nak bash aku kan? Heyy, jangan buat dulu. Sila dengar penjelasan lanjut daripada aku k. Baca sampai habis entry aku kali ney.

Memang bukan niatku nak berbelagak dan terlagak dengan kurniaan yg Allah SWT berikan. Aku bersyukur sangat diberi wajah yang cantik dalam keadaan ada hidung, mata, telinga senang citer cukup sifat. Syukur alhamdulillah. Bukan lah aku nak kata yg kelainan upaya tu tak cantik, tapi percayalah! Setiap kurniaan dan perkara yang Allah SWT jadikan itu sangat indah dan cantik-cantik belaka.



Tapi apa yang buat aku rasa marah bila ade yang dengan selamba khinzir mengherdik dan menghina aku tanpa sedar dah buat aku rasa nak lempang dia tu. Tak perlulah aku nak screen grabber apa yang dia dah kata kat aku. Yang pastinya, bila korang baca mesti akan sentap dan rasa terhina dengan kata kata dia. Mungkin dia sudah cukup sempurna? Hmm...

Bila aku membilang dengan jari jemari halusku yang berkuku pendek nak mampus ney, dah ramai sangat yang mengata aku sebegitu rupa. Adakah mereka ney semua dapat kepuasan kerana menghina aku. Ahh! Tak peduli pun. Biarlah mereka mengutuk dan mengata aku, tapi masih ada yang sudi mahu berkawan dengan aku. EHH, ARTIS KE KAU NEY CYDA?? Mesti korang terpikir macam tu kan? Oh, jawapannya TIDAK! Aku bukan lah artis juga bukan sesiapa yang hot dan popular dilaman sosial.

Aku cuma insan lemah yang selalu online duapuluhempatjam lamanya. Aku juga bukan insan yang selalu mencipta publisiti murahan seperti AYUNI. Ehh, Ayuni mana lakk ney? Hahaa. Hanya yang selalu dilaman Twitter sahaja yang mengenali dia. Hari ney bersamaan dengan 24 November 2012 dia sangat famous dengan pengakuan berani mati dia tu. Okay, forget about her. I've got nothing if aku cakap pasal dia. huahuahua k stop!

 
Tweet from that girl. (1)

 
Tweet from that girl (2)

Seperti yang telah aku katakan tadi, biarlah ada segelintir yang memaki aku dengan mengatakan aku sombong tahap cipan bersalin, aku tak peduli kerana masih ada yang sudi mahu berkawan dengan aku. Tapi keikhlasan mereka aku ragui. Mungkin sebab nak kawan kat fb je kot. Maybe... Tapi hati manusia ney Allah je yang tahu.

 
My facebook friend request. Cyda Sharif.


Kita sebagai manusia takde yang perfect. Banyak kekurangan. Jadi tak perlu laa sesama manusia saling mengata dan menghina. Buat Ayuni, awak patut bersyukur jadi rakyat Malaysia, Negara yang aman. Jangan kerana k pop awak jadi macam ney. :)

Salam sayang.....

CydaSharif

Saturday, November 17, 2012


Assalamualaikum….

Fuhh, dah lama aku tak mengupdate blog ney. Sebenarnya banyak masa terluang tapi macam tak terdaya nak menaip. Sekarang baru ade kedayaan dan keupayaan untuk menaip. Perasaan nak update kemain berkobar kobar tapi bila ade perkataan M membuat aku jadi tak berdaya balik. Bila dah dikikis M tu, ha ney lah dia hasilnya. Eh belum lagi. Masih ada lagi yang aku nak bualkan kat sini.

Aku sebenarnya tak pandai nak buat cerita macam kisah dalam novel tu. Kisah percintaan yang akhirnya pasti dengan kebahagian si hero dengan heroinnya. Aku tak pandai nak menggabungkan dialog diantara mereka. Cukup lah aku buat semua tu masa buat karangan trial SPM. Dengan habis yang berbaloi, Alhamdulillah bm aku A masa trial. Good job girl! :D

Okay, apa yang aku nak ceritakan ney sume takde kena mengena dengan mana mana kisah dalam buku rentetan kisah percintaan yang dijual dipasar raya mahupun kedai buku MPH atau POPULAR. Niat aku bercerita bukan berniat untuk membuka pekung didada. Ianya hanya untuk dijadikan teladan pada sesiapa yang sudi meluangkan masa menziarahi dan membaca entry aku kali ney.

4 tahun lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki yang tak payah laa aku nak sebut siapa. Aku lah manusia yang paling happy sebab dapat berkenalan dengan lelaki yang dah jadi pujaan hatiku itu. Bukan mudah nak dekat dengan dia. Sebab dia sudah pun berpunya dan aku langsung tidak berniat nak merampas dia daripada sesiapa. Apa yang mengejutkan aku, akhirnya hubungan mereka yang dah terbina dekat 3 tahun musnah sebab kecurangan kekasihnya. Aku bersimpati pada dia. Aku kesian kenapa tergamak sangat perempuan tu melakukan sedemikian rupa. Ye, waktu itu aku langsung takde pengalaman bercinta mahupun suka pada sesiapa. Cuma berani maen cop cop pada lelaki yang nampak segak dan tampan macam Shamsul Yusuf tu.

Waktu berlalu dan terus berlalu. Aku bahagia disamping dia dengan satu ikatan yang tak sah. Ye. Couple! Bila dah disatukan macam tu, hidup aku terikat pada dia. Aku boleh katakana yang aku terlalu sayangkan dia. Aku tak nak dia kecewa sebagaimana dia pernah dikecewakan oleh bekas kekasihnya. Biarlah diganti dengan 10 Shamsul Yusuf sekali pun, aku takkan berpaling pada dia yang aku sayang. Aku perjudikan masa depan aku pada dia. Jangan salah paham ye. Aku sayangkan dia tapi aku tak pernah menyerahkan sesuatu yang berharga pada dia yang belum bergelar sang suami. Aku Cuma menyerahkan jiwa dan mental aku pada dia. Aku terlalu harapkan dia menjadi sempurna dimata aku. Aku taknak sesiapan pun datang memisahkan aku dengan dia.

 Tapi aku silap! Ye aku silap. Aku buta menilai sesuatu dalam hidup aku. Aku dah terlalu banyak membelakangkan keluarga aku. Aku tak sedar perbuatan aku selama ney banyak mendatangkan kekecewaan pada keluarga aku. terutamanya mak dan ayah. Aku bahagia disamping si dia tanpa aku tahu, mak ayah aku lagi bahagia  kalau aku perjudikan kasih sayang aku pada mereka. Aku mengabaikan pelajaran ku hanya semata demi kebahagian aku dengan dia. Kerana kebutaan aku, aku hampir hampir menyedihkan kedua ibu dan bapa ku. Mereka kecewa apabila keputusan final exam ku ranap. Jatuh gedebung gedebang kebawah yang terlalu kebawah. Pointer ku terlalu sedikit berbanding sem yang lepas. Azamku untuk menjadi anak yang cemerlang tidak tercapai. Aku sedih. Aku terlalu melebihkan sidia tanpa aku tahu, mak dan ayahku dah kecewa dengan aku. Ya Allah, berdosa sangat rasanya pada mereka. Aku tak ingin perkara itu berlaku lagi. Aku tak nak melihat mereka kecewa dengan aku hanya kerana aku punya kekasih hati. Tidak salah untuk bercinta, tapi biarlah padan pada gayanya.

 

Pada mereka yang sudi membaca, sayangilah kekasih anda tu. Tak salah. Tapi biarlah anda sayangkan orang yang selayaknya anda sayang. Cintailah ibu bapa anda sebelum anda mencitai orang luar yang datang entah dari mana. Kebahagian ibu bapa harus didahulukan. Biarlah kita cacat dimata kekasih kita, tapi jangan cacat dimata ibu dan bapa kita. Mereka adalah kurnian Allah yang tidak ternilai. Hilang kekasih seorang, kita boleh menggantikan dia dengan berpuluh puluh manusia diluar sana. Tapi kehilangan ibu dan bapa tidak kan boleh diganti dengan sesiapa pun termasuk makcik dan pakcik kita sendiri. Ya Allah, berdosa aku pada emak dan ayahku. Hanya Allah sahaja yang bisa mengampuankan dosa-dosa aku selama ini terhadap mereka. Semoga kemaafanku diterima yang maha Esa. InsyaAllah :’)

Thursday, October 25, 2012

Novel hanya Cereka.

Hye Assalamualaikum...



Dah seminggu aku duduk rumah. Alhamdulillah, segala zat, protein dan lemak yang hilang telah aku kumpulkan ketika berada dirumah. Rutin harianku kembali normal seperti cuti sem yang lalu. Cuma aku tak bekerja sambilan seperti 6 bulan yg lepas. Aku mulakan hari- hari cutiku dengan menjamah makanan yang dimasak oleh mak tanpa menyedari yang aku baru bangun tidur dan tidak mencuci gigi apatah lagi muka. Jangan korang pertikaikannya. Aku lebih gemar begitu kerana ia membekalkan zat tulen yang orang laen tak dapat tapi aku dapat. Pelik kan? Haa, tulahh kelebihan aku. Sebab tu lahh badan aku kurus takde vitamin. Sebab kuman dah makan makanan yang aku makan tu sebelum aku telan semua makanan tu. Yelah, makan tak reti nak gosok gigi. Segala kuman yang melekat kat gigi tu pulak yang makin sihat dan segar bugar. Tapi lepas tu hidup diorang tak lama. Sebab aku akan bunuh mereka-mereka tu semua dengan menggunakan ubat gigi berjenama Darlie Shiny White dengan sebatang berus gigi berjenama Oral B. Senangkan?? ;)

Novel ;)

Untuk pengetahuan yang sudi membaca hasil nukilan tidak berpena ini, aku adalah seorang insan yang gemar membaca. Novel- novel dan buku cereka adalah kegemaranku. Jadi tidak hairan laa mengapa penulisan ku sebaku yang boleh. Upss. Lupa nak ku khabarkan yang aku suka membaca tulisan berbahasa Melayu. Jadi tidak hairan laa mengapa aku sangat lemah dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hmm, sedih barangkali. -.-'

Tidak mengapa.. Teruskan membaca. Terima kasih. ;) Korang mesti nak tahu kan dah berapa banyak novel yang aku dah khatam? Err, kalau tak nak tahu pn takpe. Aku bagi tahu jugak. Okay okay.. Rasanya ada lahh dalam berpuluh- puluh novel melayu aku dah khatam. Tak ingat sangat laa berapa semuanya. Yang pasti banyak sangat. Novel pertama yang aku baca adalah novel tulisan Norhayati Berahim. Seingat aku tajuknya CINTA PERTAMA. Nama heronya Carl Zafran. Nama heroin tak ingat sebab kalau baca novel aku ingat nama hero je. Hihi.. Okay. Tu novel first. Novel last aku baca yang paling terbaru hasil nukilan Siti Rosmizah. Tajuk novel tu 7hari mencintaimu. Sedih sudah semestinya. Kelakar adalah sikit. Kalau nak kelakar banyak kena laa baca komik. Kan kan??


Antara novel yang ada kat rumah.


Hobi masa lapangku adalah membaca novel. Jadi pada sesiapa yang mahu memberi hadiah atau sebarang tanda penghargaan, sila hadiahkan novel ye. Jasa anda amat dihargai. Terima kasih. Oh, terlupa untuk saya beritahu. Tarikh hari lahir saya ialah pada 23 Januari. Maka dengan berbesar hati, saya ingin menyeru kepada pembaca sekalian untuk membelikan saya sebarang cenderamata yang berbentuk bacaan dan dihadiahkan kepada saya. Hihihi. Saya tak paksa, cuma suruh je. ;)


Okay laa awak- awak sekalian. Saya mahu menggundur diri. Saya mahu membantu ibunda saya kedapur. Tak manis rasanya kalau tidak membantu. Heee, Jumpa laen tajuk. Tataaa ;)


Tuesday, September 25, 2012

Final Examination.

Assalamualaikum..

Kali ney update lagi. Yeah uollss. Kali ney nak update pasal final nak dekat. Buat pelajar Diploma UiTM, hari Isnin bersamaan dengan 1 Oktober adalah tarikh bermulanya final examination. Tak terkecuali, aku. Ye aku! Sekali lagi aku diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab *cewahh, ayat nak power, Haha. Okay sambung balik. Aku telah diberi tanggungjawab untuk menduduki peperiksaan akhir ini untuk kali yang kedua. Kalau last sem aku dah alhamdulillah buat yang terbaik, kali ney aku akan pastikan buat yang triple kali baik dan bagus untuk dapat keputusan yang cemerlang.


Last sem dah terbukti kemampuan aku cuma boleh dapat CGPA: 3.22, tapi insyaAllah, sem ini aku akan buat lagi lebih dari last sem. Kalau dapat dekan tu dah kira bonus laa uolls. kan kan?? :) Bukan senang nak dapat dekan (3.50 pointer and above untill 4.00). Bukan mudah ye kawan kawan tapi itu sume tak mustahil boleh buat dan dapat. Buktinya, ramai je yang dekan. Kalau diorang boleh, why not aku tak boleh kan? Selagi kita ada usaha nak mencuba, selagi itulah kejayaan makin menghampiri kita.

Aku ada prinsip tersendiri yang aku ubah suai. KALAU ORANG BOLEH BERJAYA, KENAPA AKU TAK BOLEH? KALAU ORANG LAIN BOLEH CEMERLANG, KENAPA AKU TAK BOLEH? BERUSAHA LAHH SHAHIDAH! UNTUK MENJADI YANG TERBAIK BUKAN MUDAH. TAPI SEMUA ITU TAK MUSTAHIL. JADIKAN IBUBAPA SEBAGAI PENGUAT SEMANGAT. TAPI JANGAN DILUPA ALLAH SWT. SENTIASA LAH BERDOA UNTUK MENDAPAT BERKATNYA. 

Aku mengaku, kadang kadang aku ada terleka dan lalai untuk menunaikan perintahNya. Sebagai manusia, aku banyak melakukan kesilapan. Aku tak sempurna. Takde manusia yang sempurna! Bila aku terlalai melakukan suruhanNya, aku beruntung dikurniakan kawan yang saling menasihati aku untuk mengingatkan aku kembali ke garisan yang betul. Tak dinafikan, kehidupan sebagai seorang pelajar memang memenatkan. Takde masa nak berhibur, takde masa nak tengok tv. Yang ada masa layan Twitter and fb je. Itu pn bukan selalu dan tiap masa. Waktu tidur pn sentiasa tak cukup. Tidur pukul 3 pagi, pukul 8 ada class. Tak cukup tidurkan? Dan sebab tu berat badan aku makin berkurangan. Daripada 49kg turun mendadak menjadi 43kg.


Ditambah dengan masalah cinta yang tak berkesudahan, itu yang membuatkan aku menjadi lemah. Semakin lemah dan tak berdaya nak teruskan perjuangan sebagai pelajar. Aku lagi sekali mengaku dengan tanpa malunya, banyak paper yang aku failed! Baru part 2, dah banyak lingkup. Aku risau! Aku takut dengan markah yang aku dapat. Makin lama makin corot. Bila keinsafan datang, baru aku terhegeh hegeh nak buat itu, nak buat ini. Baru fikir nak solat mintak ampun maaf segala dosa dosa. Mintak pada Allah memberi kecemerlangan dunia dan akhirat. Baru ada perasaan sedih bila teringatkan keluarga. Teringat kat mak ayah yang nak sangat tengok anak nya berjaya.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Disaat aku sedih mengenang nasib, aku ada kawan kawan, boyfriend, abg angkat yang ada bila aku perlukan. Syukur ada bf yang memahami. Banyak bagi semangat pada aku bila aku down sangat. Dialah yang happy kan aku. Sebab tu lah aku sayang sangat kat dia. :') Nah, aku tayang bbm aku dengan dia. Tapi sikit je. Huhu :')


Tak dilupa, orang yang sentiasa ada bila aku ada masalah dah tentulah abg keangkatan aku. Haha. dia baik, dia selalu bagi nasihat. :')

Whatsapp 1:

Whatsapp 2:



Tu kan, aku tak tipu. Dia bagi semangat untuk aku berjaya. Terima kasih sangat sangat. Tak dilupa roommate. Walaupun ada perasaan sakit hati kt roommate sendiri, tapi diorang tetap ada bila aku perlukan. Diorang laa tempat aku nak ajak belajar account sama sama. Almaklum laa, dapat satu bilik dengan budak DAIS. hihi. Rezeki. Thanks semua orang. :)

InsyaAllah, final kali ney, aku akan buat yang terbaik. Kejayaan aku ney pn untuk mak ayah jugak. Buat kawan kawan sesaing aku, goodluck uolls! Semoga berjaya! haha. :D Okay, sampai sini je lahh. bye uolls  ;') Buat sapa yang sudi baca, doakan saya dapat keputusan cemerlang reult final nanti, InsyaAllah...


Monday, September 24, 2012

Broken English.

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dapat jugak aku update blog comel aku ney. Dah bersarang sangat rasanye ney. Takde cerita yg best nak distory. Almaklum laa..awok ney bukan blogger famous the most. kalau aku update pn aku jugak yg baca. Kesian kan? Haha. Takpelah. janji dapat memberi kepuasan diri.

Broken english? Kenapa aku post title sedemikian rupa? Sebab aku nak bagi tahu kalian yg sudi membaca ney, bahawa aku mempunyai pengusaan bahasa inggeris yang sangat teruk! Ye, aku tak tipu. Memang daripada aku sekolah rendah lagi, aku punya english sangat teruk. Bukan aku tak nak cuba improve kan, tapi aku dah cuba macam macam. Aku mencari kawan yang pandai bahasa inggeris. Tujuannya biar aku ney pandai english. Dapat sama sama belajar dengan dia. Tapi still tak boleh lagi. Aku cuba lagi, kali ney aku beli kamus elektronik. ye uolls. Aku suruh ayah belikan kamus elektronik untuk kemudahan aku belajar english. Tapi.......


Bila SPM, aku masih C dalam bahasa inggeris ney. Aku cuba pulak nak speaking english. Aku sentiasa mencuba yang terbaik walaupun aku tahu, aku memang tak boleh nak cakap english. Bila dah masuk U, apa yang penting ialah aku kena cuba speak in english. Semua assignment mesti dalam bahasa inggeris. Yang dalam bm pn, cuma CTU je. (mata pelajaran agama). Bila dah masuk part 2, lagi lah mencabar iman aku. Aku ada presentation yang mewajibkan aku cakap bahasa inggeris.

Aku memang terasa hina dan malu bila ada kawan yang sangat bagus inggerisnya. Macam Ain, Yani, Eyaa. Diorang pandai speaking. Aku? cuma mampu senyum. :) Aku cuba nak improve kan english aku. Aku selalu bertanya meaning yang aku tak tahu kat diorang. Memang terasa malu yang amat, tapi bila nak belajar, sepatutnya malu tu dikikis. Kadang kadang aku terasa aku macam orang bodoh. Hmm, pemtingnya bahasa inggeris ney ye? -.-'



Aku risau sangat. Macam mana la aku nak kerja nanti kalau bahasa inggeris aku teruk. Ada ke syarikat yang nak kan pekerja bercakap dalam bahasa melayu je? Mesti takde. Takpe lahh. Selagi ada masa nak belajar, aku akan belajar bahasa inggers ney. Orang lain suruh aku tengok cerita Oh My English! Tapi syg sangat sebab aku takde astro. Tak boleh nak tengok. Kalau ada masa aku tengok jugak cerita tu kat youtube. :)



InsyaAllah, kalau kita mencuba dengan ikhlas, hasilnya mesti berbaloikan? Okay uolls, Thanks reading my blog. See you next update. Ahaks!! OH MY ENGLISH!!!! :P

Saturday, August 11, 2012

Assignment HTT 167.

Assalamualaikum..


Ya ampun, dah lama rasanya aku tak update belog ney. Bersawang ha. Haha.Rindu ney. Kali ney aku nak update pasal assignment tourism aku. Hari sabtu yang lepas, aku tak ingat la bape haribulan yang pasti hari sabtu, aku pergi buat assignment ney. Group assignment kan, so aku pergi bergroup la. Aku, eyaa, Niesa and Ieqa. Yang kena drive dah tetntu laa Eyaa sebab tu kereta dia. Aku duduk belakang je as penumpang terhormat. Haha. Based on assignment ney, dia suruh kitorang pergi 12 tempat perlancongan kat Melaka Bandaraya Bersejarah ney. Ade symbiotic, Human made and Nature. So, kitorang dah senaraikan 12 tempat menarik yang kena pergi. Check it out :

  1. Zoo Melaka
  2. Taman Buaya
  3. Taman Rama rama
  4. Air Panas Gadek
  5. Pantai Klebang
  6. Pantai Puteri
  7. Muzium Belia
  8. Jonker Walk
  9. Muzium Kesenian
  10. Hutan Simpan Sg Udang
  11. Taman Seribu Bunga
  12. Cendol Baba & Nyonya
Banyak kan tempat menarik kat Melaka ney? Tapi aku cuma dapat amik sikit je gambar sebab BB aku takde batery. Selebihnya gambar semua kat Nikon Eyaa. Laen kali laa aku amik gambar tu ye. Antara gambar yang aku sempat amik kat Pantai Klebang...


Pantai yang lawa :)


*Gambar ney aku amik kat Google image :)


Ikutkan jadual yang betul, sebelum pergi pantai, kitorang dah pergi Zoo Melaka, Taman Buaya dengan Taman Rama rama. Antara gambar yang dapat di amik dari BlackBerry 9700 aku kat Taman Rama rama:



Iguana yang Comel. :p


Merak yang sombong. Konon dia lawa sangat. -.-


Ney pn spesies Iguana jugak ney. :)


Rama Rama :)


First time tengok buaya. Hihi :p


Ney laa Aligator. Spesis buaya jugak. :D


Kek batik. Haha. Ular Sawa tengah tidur. Mana kapla dia?? :)

Haha. Banyak lagi sebenarnya binatang kt Taman Rama rama ney. Tapi sikit je yang aku dapat amik gambar. Ada macam macam spesis ular yang ada. Comel je ular tu . hihi. Aku siap masuk dalam kandang ular tu lagi. Eiqa and Niesa memang tak nak masuk. Geli katanya. Yang Eyaa pulak masuk depam pintu je. Takut jugak nampaknya. Hehe. Aku je lahh yang berani. Sebab ular tu semua ular pokok je. Time pagi dia tidur. So, dia tak nampak aku masuk. Haha. :)

T u menjadi pengalaman manis dalam hidup aku. First time masuk tempat tempat haiwan macam tu. Seronok sangat. :) Bila dah jadi budak Tourism ney, semua tempat aku pergi jelajah. Lepas ney nak jelajah luar Melaka pulak. Mana tahu dapat pergi Penang ke. Terengganu ke. Insya Allah :)


Bye. Thanks read :)

Saturday, July 21, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Assalamualaikum semua.




Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, kali ney aku dapat lagi menyambut bulan ramadan bersama keluarga tercinta. Tak lupa jgk bersama buah hati ku. Tapi ramadhan kali ke dua. :) Apa yang bestnya ramadan tahun ney, aku dapat menyambut first ramadan dekat rumah. Sahur dengan mak, ayah, and adik adik. Akak aku takde. Dia dekat Shah Alam. Tak dapat cuti. Hmm, tak lengkap family aku. :( Takpe lahh. Janji time raya nanti dia ade. Baru one happy family. kan kan?




Tapi apa yang tak bestnya puasa kali ney bila aku berpuasa dan bersahur dan berbuka dengan kawan kawan dekat kolej. Takde dah rebut rebut kurma dengan adik adik masa berbuka. Hmm, sedihnya. Puasa di perantauan. Walaupun kat Melaka je, tapi aku tetap rasa jauh dan aku rasa aku duduk merantau di negeri orang. Apa lahh nasibmu wahai Shahidah. :(

Takpe lahh. Sabar je lahh. Ini lahh namanya pengalaman di negeri orang. Lagi 2 tahun je aku kat Melaka ney. Lepas tu, aku boleh duduk rumah balik. So, smile k cyda :) Hmm, bila bulan puasa macam ney, mesti aku akan pikir nak makan ape je. Ade tu, aku pandang biskut Chipsmore pn aku kata 'menyelerakan'. Padahal, ape laa sangat biskut tu kalau nak dibandingkan dengan kek ke, coklat ke. haha. Tulahh akibat dah lapar sangat. Pandang makanan yang biasa biasa pn jadi sedap memanjang.

Kalau aku lah, pilihan aku nak berbuka, aku mesti pilih ayam percik. U know why? Aku suka sangat dengan ayam percik tau. Kalau ayah aku pergi bazar , aku mesti pesan kat dia suruh belikan ayam tu. Tapu jarang sangat ayah aku belikan. Sebab dia lagi suka makan murtabak dengan roti john. Hmm, takpe takpe.




Tu, nampak tak tu? Sodap kan? Aishh, nasib baek gamba yo. Kalau tak, memang den ngap yo tu. Haha. Yaa Allah, dugaan dugaan. Sedap sungguh. Tak tahu la nanti dekat Alor Gajah ade jual ke tak? Kalau ade, memang aku nak pergi beli je ney. Tak sabar sungguh! Haha..

Ape ape pn, aku dengan seikhlas hati, ingin mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA :)


p/s: Kami tak sengaja terpakai merah. WOMEN IN RED!!!!

Friday, July 13, 2012

Selamanya Neelofa.

Asalamualaikum semua. 


Bertemu kembali kita ye kawan kawan ke edisi yang ke berapa entah. Aku tak sempat kira. Hehe. Okay, first of all, aku nak bagi amaran pada sapa yang sudi membaca belog ini. Barang siapa yang tidak meminati NEELOFA , sila keluar dengan segera. Hal ini demikian kerana, nanti ade pulak yang kata aku ney buat korang sampai keluar muntah hijau, pink, biru, merah, kuning dan sebagainya.


Beberapa hari yang lalu, aku telah mengalami peyakit yang datangnya bila aku terkejut je. Bukan sakit jantung. Tapi sakit menjerit macam beruk di lautan. Eh, beruk di hutan. Nak tahu mengapakah aku menjadi sedemikian rupa?? Ini semua gara gara angau aku kat Neelofa. Rasanya semua orang dah tahu yang aku angaukan dia. bukan angau nak dibuat bini, kekasih, apatah lagi emak tiri. Tapi angau kerana keperibadian yang ada dalam diri dia. Ecewahh. ayat kau pulak cyda. Mintak kaki ha.. Sampai kawan aku panggil aku "Neelopak" sebab aku Neelofa cetak rompak. haha. Kerek, kerek!! :D


Aku menjerit bagai nak gila dalam bilik masa kat Melaka, lepas tweet aku dekat Twitter, telah di balas dengan kadar yang agak lambat sikit. caye tak korang?? Alaa, caye lahh eh?? Nah bukti..






Nampak tak? Hi Sayang lagi tahu. you know what? I'm happy so much!!! Aku rasa aku orang bertuah sangat sebab dia nampak tweet aku. aku cuma hantar "Hi kak Neelofa." Happy tak? Bila dia sempat tweet aku balik. wahh... dengan secara tak sengaja, aku menjadi monyet menjerit jerit sorang sorang dalam bilik lepas baca tweet tu. Haha. Kelakar kalau ade orang yang rakam. Nasib baek takde. ;)


Tak lama lepas tu, aku mention dia lagi kat tweet aku yang ke 2654. Dan dengan tidak disangka sangka, tweetku dibalas!!!! lagi sekali aku kelihatan seperti monyet mendapat pisang emas yang telah dibawa pulang dari belayar. Take a look. I'm not lying. ;)





See guys. I'm not lying right. ;) She's so nice . Siap letak smiley dengan love lagi tahu. Aku happy lagi. Macam tak percaya je kan? Hehe. Kalau lahh akak Neelofa baca blog saya ney, saya nak sangat bagi tau akak yang saya suka kat akak. Saya suka kat akak bukan sebab akak cantik je, tapi akak seorang yang berbakat and of course pandai buat bisnes. Walaupun saya tak pernah beli brand kasut akak, sebab mahal.. hehe tapi saya suka sangat dengan design kasut keluaran nama akak tu. Hope that, one day, saya dapat sarung sepasang and berpasang pasang kasut dari ciptaan akak. Hope that!!! :D




This is me. 
and 
this is my idol ;)
|
|
|
|
v




Thanks reading babe. ;)

Friday, June 29, 2012

Rindu :')

Assalamualaikum..


Setelah sekian lama blog ku menyepi, baru hari ney aku dapat nak hangatkan nya balik. Rindu lah nak taip taip ney. Aku jadi takde mase nak jaga blog ney sebab aku dah mula menyibukkan diri aku dengan study aku kat Alor Gajah tu. Atau nama komersialnya LONDU. haa, kemain sodap namo ea tu. haha. 


Aku memang tak sangka, cepat sangat masa berlalu and now aku dah berada di semester ke 2. Dah jadi senior dah. Tapi senior taik kuhcing! haha. aku stay kat kolej Tun Teja. We LOVE TEJA!! eh, semangat kau cyda. Bukannya ape, semangat sayangkan kolej tu yang penting. Tapi untuk pengetahuan sape yang baca, aku jarang ade dalam bilik aku. Aku illegal kat bilik member aku. dekat Tun Fatimah. Hmm, sebabnya, aku sorang je dekat bilik yang ambik course Tourism. Yang laen ambik Account in System. So, aku nampak macam terpinggir je. Tapi aku okay lagi dengan 3 orang roommate baru aku. Aku tak dapat sama roommate macam sem lepas. Miss u Niesa!! *sedih :(


Untuk sem 2 ney jugak, aku pergi kelas dah tak jalan kaki macam sem lepas. Kalau hujan, basah dari atas sampai bawah, luar dan dalam . haha  sekarang dah naek kereta dah. Eyya member aku tu dah bawak kereta. So, tu memudah kan aku untuk kekelas dengan senang hati tanpa memikirkan panas terik, hujan mahupun peluh yang bertakung kat ketiak! haha.





Yeah! this is four of us. but ade lima orang sebenarnya . sebab yang sorang lagi yang tukang amik gambar ney. hehe. sian ain. takpe. jap lagi aku selit kau plak eh. sabar ye. okay , sekali lagi aku kenal kan. Eyya yang pakai baju warna kuning tu. Niesa yang sebelah eyya, aku sebelah Niesa and sebelah ku yang tepi tu Ieqa. kami memamg rapat. so, jangan jeles. ehem, menggelabah lak aku. hehe.




Ha, ade pn kau ain! hehe. Ain cantik. Kulit dia putih je. aku kuning sikit. mane de hitam :'( hehe . bila ade kawan ney buat hidup aku perfect. diorang ade bila aku susah. Thanks a lot kawan. :) aku harap, kita berlima akan kekal sampai bila bila pn. degree pn same jugak. korang lahh kawan yang paling best aku pernah jumpa. :)

*busy with assignment.
Thanks reading. Bye ;)

Monday, June 4, 2012

Lendu kata HI !!!

Assalamualaikum..


Hari ney hari ape? Bape haribulan? Hm, 4 June 2012. Hari Isnin. Today hari lahir kakak aku lah. I only have 1 sis. So, she is everything to me. First of all, nak wish dulu kat dia. 

Kak mira, selamat hari lahir yang ke 22 tahun. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ye. Kawin jangan lupa ajak? HEE :D 



Aku dengan dia mempunyai wajah yang tak serupa.apatah lagi seiras -.-'


Lepas tu, aku nak berhenti kerja dah. aku nak pergi menuntut ilmu kat Melaka balik. atau lebih dikenali sebagai LONDU. ;) Tapi aku tak buat ape ape preparation pn. Malas nak mampus kan? ye. memang pn. aku macam tak nak balik sane je. macam malas je. macam tak best je. macam itu lah, macam ini lah.. Tapi ..


Aku tetap kena pergi. Mak dah bising suruh aku kemas barang, beli barang, tapi aku tak buat pn. Masya Allah, malas nye aku. -.-' Aku upah adik aku je lahh buat semua tu. gaji aku dah dapat, aku sedekah je lahh kat dia RM 5. dapat jugak dia buat duit topup. haha :D



Bila lahh aku dapat beristirehat macam ney lagi?
Duduk tepi pantai sambil message dengan Cinta hati.
Pakai spek mate hitam pinjam org punya.
Berjimba bersuka ria.
Hm :'(


Walau macam mana pun, aku tetap kena kemas barang. lagi bape hari lagi ney nak pergi sane. 9hb dah kena berangkat. jumpa junior Tourism lagi.Wah, aku bukan part one lagi lahh!! bangga seyh. dah jadi senior rupanya aku. bangga bangga. :D


Lagi sebab aku kena kemas barang sebab aku rindu member aku kat sana. dah 2 bulan tak jumpa. dah makin cantik ke diorang? ade macam aku tak ? alaa, perasan aku ney. -.- rindu tau kat diorang. harap harap dapat sama kolej lagi. aku memang nak roommate yg same macam sem lepas. tak nak lahh orang laen. tak suka! 
Alamak, emosi pulakk -.-'


Kami dari Tourism Mgt UiTM Alor Gajah.
Latar belakang kolej kediaman Tun Hasan.
Last sem punye tempat.
Rindu :')


Hi Lendu! im back to you. And im getting to miss my family, my cat and my cinta hati. Take care sayang. I love you :'(

Friday, June 1, 2012

Ku dah gomok!

Assalamualaikum ..


Hai korang sekalian. Bagaimana? Sihat kah anda? Aku sihat je. makin sihat ade lahh ha. makin gomok. aishh. mane tak gemuk. asyik nak makan je. masalah. masalah. *sambil pegang kepla kasi picit sikit demi sedikit.

Daripada berat aku 45kg terus mendadak naek sampai 49kg. Aduh, risau pulak aku. takpe takpe. Bulan June ney akan aku pastikan lemak lemak sekitar tubuh aku ney, aku buang. aku nyah kan dia jauh jauh dari aku. aku benci kau lemak tepu! aku benci !!! *tibe menggelabah cipan. -.-'

Aku dapat rase kan berat aku dah naek bila pipi aku makin mengembung. Atoiiyai, haruskah pipi aku mengembung sebegini rupa? perlu kah? wajibkah? haramkah? 




Takpe lahh cyda. nanti kau balik Melaka, mesti kurus balik sebab kau tak dapat nak makan ape yang mak masak. menurut kajian aku, aku akan jadi montel dan debab kalau makan ape yg mak aku masak. sebab mak masak dengan penuh kasih sayang, yang makan nye pun dapat lahh kasih sayang.

Tu yang tombam somacam. haha :)


Ney lah rupenye kalau mak masak dengan penuh kasih sayang. Anak anak pn hyper semacam. 
Haha :D
Happy Sibling!!!

Tuesday, May 29, 2012

Deactivate Account facebook :'(

Assalamualaikum ..


facebook telahh ku kurung untuk selama lamanya. :(

Deactivate fb? Bia betul? Hm, memang betul. aku dah tutup account tu sampai bila-bila. Jangan lahh korang carik aku lagi kat laman sosial tu. Sedih sangat rasa hati ney. Mana taknya. Selama ney aku dah habiskan masa aku berjam jam lamanya kat facebook. Macam macam gambar aku kongsi kan kat situ. 

Tapi tu sume tinggal kenangan. Bia lahh kan. Lagi pn Mark tu dah kaya raya. Dah kawin dah pn. Dia tak perlu kan aku. Tibe. -.-'

Aku buat semua ney bersebab. Lagi pn ramai friends fb aku tu sume nye tak membantu. Macam baby je semua. Haremm. aku malas dah nak pikir pasal tu sume. 


Hancur berkecai macam hati aku.

Bia kan lahh semua berlalu. Buat kawan kawan, jangan carik aku kat situ lagi. Korang dah tak boleh nak im aku lagi. Hm :'( Bye ...

Tapi ....

Aku ada 2 lagi laman sosial yang aku active. Just find me on Twitter Or Blogger. :D


Korang search : @cydaCydo0t and i'll follow you back! ;)


OR
Just Follow my blog. ;)

Itu lahh kata orang, hilang 1 tak bermaksud hilang semua. Chillax lahh beb. Tak semestinya takde facebook takde kawan. Lu silap bro. Wa ramai kawan. Tapi wa tak pemes macam orang laen. Tak sangka wa ney macam artis. Ade jugak orang nak amik gambar wa kasi send sama lu. 

And lu tanpa pikir malu wa, lu post aje. Wa malu lahh bro. Sebab tu wa delete account wa. Wa nak try, kalau lu sayang wa, lu caye kan wa. wa sayang lu Faizal. Untuk lu, wa sanggup buang fb wa. :'(



Untuk kau.. aku sanggup, Faizal. <3 <3 :')