Powered By Blogger

Tuesday, May 29, 2012

Deactivate Account facebook :'(

Assalamualaikum ..


facebook telahh ku kurung untuk selama lamanya. :(

Deactivate fb? Bia betul? Hm, memang betul. aku dah tutup account tu sampai bila-bila. Jangan lahh korang carik aku lagi kat laman sosial tu. Sedih sangat rasa hati ney. Mana taknya. Selama ney aku dah habiskan masa aku berjam jam lamanya kat facebook. Macam macam gambar aku kongsi kan kat situ. 

Tapi tu sume tinggal kenangan. Bia lahh kan. Lagi pn Mark tu dah kaya raya. Dah kawin dah pn. Dia tak perlu kan aku. Tibe. -.-'

Aku buat semua ney bersebab. Lagi pn ramai friends fb aku tu sume nye tak membantu. Macam baby je semua. Haremm. aku malas dah nak pikir pasal tu sume. 


Hancur berkecai macam hati aku.

Bia kan lahh semua berlalu. Buat kawan kawan, jangan carik aku kat situ lagi. Korang dah tak boleh nak im aku lagi. Hm :'( Bye ...

Tapi ....

Aku ada 2 lagi laman sosial yang aku active. Just find me on Twitter Or Blogger. :D


Korang search : @cydaCydo0t and i'll follow you back! ;)


OR
Just Follow my blog. ;)

Itu lahh kata orang, hilang 1 tak bermaksud hilang semua. Chillax lahh beb. Tak semestinya takde facebook takde kawan. Lu silap bro. Wa ramai kawan. Tapi wa tak pemes macam orang laen. Tak sangka wa ney macam artis. Ade jugak orang nak amik gambar wa kasi send sama lu. 

And lu tanpa pikir malu wa, lu post aje. Wa malu lahh bro. Sebab tu wa delete account wa. Wa nak try, kalau lu sayang wa, lu caye kan wa. wa sayang lu Faizal. Untuk lu, wa sanggup buang fb wa. :'(



Untuk kau.. aku sanggup, Faizal. <3 <3 :')

Sunday, May 27, 2012

Sebab dia comel. Sape?

Assalamualaikum ..


Selamat sejahtera hendaknya. Harap kalian sihat sejahtera. Semoga ceria ceria selalu., macam skema! Okay, kali ney aku nak cecite pasal seekor kucing yang sangat comel. Kucing ney jantan rasenye. Dia special sebab warna biru. Teehee :D dah tau kan ape tu?

 Ha, Doraemon lahh!! Tak payak nak tanda seru sangat lahh cyda. -.-' Tapi memang perlu tanda seru, sebab konon aku happy korang tau ape aku cakap. wallawehh. 



Kalau lahh ade kucing warna ney, aku bela dia weyh! sampai dia mati.
Mane lahh tau kat perut dia ade poket hikmat. *berharap :)


Aku tak tau kenapa dengan aku. aku kegilaan dengan minatang ney. kalau orang laen minat Hello Kitty, Powerpuff Girl, Barbie and ape ape lagi binatang comel tu. tapi aku minat jugak dengan Doraemon. Di sebab kan keminatan aku kat dia, aku berharap sangat aku akan dapat jumpa dia. 




Kalau aku dapat lahh jumpa dia, aku nak mintak barang hikmat lahh dari dia. aku nak pintu yang boleh tembus mane mane tu. aishh, kalau ade pintu tu senang lahh aku nak jumpa Jai, okay, " pintu, bawak aku depan rumah Jai!" tuptaptuptap. Eh, dah nampak muka dia tengah tidur peluk bantal bucuk. haha. 

Selain tu, aku nak gunakan time aku kat Melaka. "pintu, aku nak balik rumah Senawang lahh." taptuptaptup, Eh, dah sampai. Mak ayah, penat kak idah naek sampai 5 bas semata mata nak balik rumah. Rindu nak jumpa. Sambil tu buat muka penat. Bhaha. Tipu :D



Haa, pintu ney lahh. Nak pinjam boleh tak?? ;)
Awk comel lah, awk cantik lah, awk hebat lah.
Konon dapat.


Masa birthday aku yang ke 19 hari tu, aku dapat hadiah dari Anna my bff. Nak tau ape? Teka lahh wey, teka lahh. Haa, jeng jeng jeng...



Baaacakkk!
Haa, ney lahh. selipar Doraemon. Cumellkan?
Macam aku kan? 
Ha, tak? Okay :'(


Terima kasih wahai kawan ku. tak sangka dapat hadiah ney. macam tau2 je aku minat natang ney. aishh, macam budak budak ke? tak kan ? biase je kan? tak pelahh. aku simpan selipar ney sampai aku ade anak. nanti aku tunjuk kat anak aku . lepas tu aku suruh anak aku simpan bagi anak dia tengok pulak. lepas tu anak dia simpan bagi anak dia engok dan macam tu lahh seterusnya. ;)

Bukan tu je. ade lagi. ade lagi. lom habis lagi. 


My room at THS bilik no 306.

Nampak tak tu? nampak tak? Ape? tak nampak? okay, pergi buat spek kat Fokus Point cepat. Haha ;) Ney katil aku. aku suka doraemon, that why aku abadikan dia kat cadar katil aku. Aku tau korang tak suka. Peduli hape aku? Yang penting, aku tidur, ade jugak Doraemon jage. hee :D Suke suke.

Time aku mintak kat mak nak cadar macam ney, mak geleng kepala je. dia kate, dah besar pn pakai cadar macam ney. malu lahh kat roommate tu. akum pn =.=' Malu ke mak? eh, tak lahh. mane de. roommate kak idah pn cadar nye macam tu jugak. ade kartun kartun. padahal tak pn. -.-'

Aku selalu jugak tengok citer Doraemon ney. walaupun berulang ulang kali citer yang sama je, tapi dah minat kan. semua tengok je. Comel lahh dia ney. Agak agak kalau aku pergi Jepun, aku jumpa dia tak eh? Setakat ney aku cuma jumpa anak patung dia je. :'(



Tuesday, May 22, 2012

Selamat hari cinta Sayang ku.

Assalamualaikum ..


Pagi 22 May 2012 ney ialah dimana hari bermulanya bulan Rejab untuk kalender bulan Islam. Untuk pengetahun korang yang sudi membaca, berpuasa di bulan Rejab banyak pahalanya. So, banyak kan lahh berpuasa sunat okay. ;)

Pagi 22 May 2012 ney jugak merupakan hari cinta aku dan sayang ku yang ke 17 bulan. Atau kata mudahnya yang ke setahun lima bulan. Wah, cepatnya masa berlalu. Kejap je aku dengan dia dah setahun lebih. Makin lama aku makin sayang dekat dia. Hanya dia. Oooooo. Eh, tetiba nyanyi pulak. -.-'


AMARAN!!!


Sebelum aku memulakan entry aku yang agak jiwang menusuk kalbu tetusuk tertikam menghiris awan ney, aku harap, pada sapesape yang berjiwa kapak, senapang, mahupun pedang yang tak layan jiwang karat, sila tekan X yang berwarna merah tu. Kehadiran anda tidak diperlukan. Maaf.

Bermulanya sebuah kisah antara cinta Adam dan Hawa. Aku memainkan watak sebagai Hawa, manakala cintaku Faizal, memainkan peranan sebagai Adam. Bukan lahh Adam Lambert, juga bukan Adam AF ,tapi cuma Adam biasabiasa je. Okay, sambung!




Dulu waktu cyda sorangsorang kalau nak pergi shopping,mesti sorangsorang jugak. Tapi kali ney tak lagi. Abg sentiasa temankan mana cyda nak pergi. Waktu kerja pn abg sempat datang sematamata nak teman. Wah, mesti orang laen jeles tengok kita kan sayang. Persetan kan semua tu. Yang penting kita bahagia. Muahh muahh. <3

Sayang, kalau ade salah dan silap cyda selama setahun lima bulan ney, harap semuanya dimaafkan. Kemana lagi tumpah nya kasih sayang ney kalau bukan pada abg. Ecewahh. Hm, Sayang, lepas ney kita mungkin akan jarang jumpa. Habis je cuti sem cyda, bermakna tamat lahh hari kita nak jumpa selalu. Bermula lahh hari untuk kita merindu dan rindu rindu serindu rindunyaaaa~ :'(

Abg kat Senawang, cyda kat Melaka. Hanya bbm pengubat rindu.Eh, ape plak. hanya sms pengubat rindu. BB takde, camne nak BBM. Hee :D Abg,nanti jaga diri baekbaek eh. cyda dah jauh tak boleh nak teman abg pergi jogging. Tak boleh nak teman abg gunting rambut. Tak boleh nak teman abg minum minum. Tak boleh nak teman abg lepak lepak. Hm, cyda sayang abg sangat sangat. Cepat cepat lahh kita kumpul duit eh sayang. Nak kawin kan? Tak sabar kan? Gedik plak. Ahh, lantak lahh. korang pn ape kurangnya. huh .




Sayang, nanti kalau rindu kat cyda. jangan lupa buat gambar kita jadi wallpaper handphone. Jangan ngadengade nak letak gambar orang laen. kalau abg letak jugak, bermakna tamat lahh hubungan kita. huh, aku memang garang, sebab tu dia takut dengan aku. mesti punye lahh dia letak gambar aku jadi wallpaper handphone dia. hehe :D 

Sayang, kalau dah rindu sangat, abg pelok lahh gambat cyda tadi bawak tidur. Nak pelok orang nya masih haram. jadi pelok gambar lahh senang. kalau ade jugak yang gatal mulut kate haram jugak. bia kan lahh dia. yang pasti kita salaing sayang menyayangi. Muahh. sayang abg tau ;)



Nah, bukti! cyda pn letak gambar kita jadi wallpaper tau. Itu tandanya cyda betolbetol rindukan abg. :) Selamat hari cinta sayang. Moga hubungan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Time tu cyda nak ucapkan semoga kita bahagia hingga ke hujung nyawa, :')
Okay, terima kasih kerana membaca. Peace yoo ;) bye..

I only get jealous because I love you, and I don't want anyone else to have you sayang..

Sunday, May 20, 2012

Hi, Saya Neelofa. Peace. :D

Assalamualaikum ...

Wahwah. Tadi hujan lahh. Bukan maen best lagi kalau dapat tidur. Tapi malangnye, aku kerja lahh. Tak dapat nak tidur. Bukannya ape, nanti kalau tidur time kerja ade pulak yang kata aku makan gaji buta. Aipp aipp. Bukan maen langsi mulut mu berkata sedemikian rupa. Tampar karang, melambung gigi terkeluar dari landasannya karang.


Wah, ada macam PUTERI BERADU tak?
Aishh, jangan lahh kata "ye". Malu tau. Ahaks!
Okay, geli.


Entry aku kali ney bukan pasal tidur. Aptah lagi membuta time kerja, tapi pasal se jelitawan yang dah berjaya mencuri hati aku ney. Aduhai NEELOFA.  Mengapakah anda sungguh cantik dan jelita? Apakah yang telah akak Neelofa gunakan untuk nampak menawan tertawan dan tawanan. Eh, ape plak. Hee :D


Dialog untuk akak Neelofa.



Wahai akak Neelofa. Saya memang dah lame minat kat akak. Dari zaman akak kat dalam majalah Remaja sampai lahh akak dah jadi Duta kecantikan Avon, saya tetap minat dengan akak. Untuk pengetahuan akak, saya suka dengan wajah akak yang licin bak kain sutera made in China. Saya suka dengan senyuman akak yang menawan. Pape pn saya nak sangat jadi macam akak. Dah la cantik, terkenal pulak tu. Aduhh saya fanatik sangat dengan akak. Sampaikan saya sanggup gunting gambar akak semata mata nak tampal dekat dinding. Mak saya marah. Tapi saya buat tak tahu je. Itu pun demi akak Neelofa ku. Hehe. 





Saya bukan nak tompang famous akak tau tapi saya nak bagi tau je ape yang tersurat dan tersirat dalam hati saya ney. Maafkan saya kalau dah buat akak geli dengan saya. Saya rasa nak jumpa akak tau. Kalau tak dapat jumpa pn cukup lahh kalau dapat bergambar bersama akak dalam majalah DARA.COM .harhar :D Akak, sudi tak kalau akak nak amik saya jadi model kasut ciptaan akak? Sudi tak akak? Sudi tak? Tolong lahh sudi. Tolong lahh kakkkkkk . :') 



Okay, kembalilahh kealam yang sebenar. Terima kasih kerana membaca. Harap Neelofa pn baca. Aissh, tinggi cita cita aku. Kbaiiiii :)

Friday, May 18, 2012

Sebenarnya Cyda Sharif.

Assalamualaikum..


Hari ney hari jumaat. aku kerja part time macam biasa. sejak dua menjak tiga menjak ney, aku rajin je nak  update blog. aku pn tak tau kenapa.maybe sebab kat tempat aku kerja ney ade wifi. amat memudahkan aku online memanjang selama 12 jam aku bekerja. ye korang. aku kerja 12 jam setiap hari. 7 hari seminggu aku kerja dari pukul 9.30 pagi sampai 11 malam. Itulahh rutin harian aku bila cuti sem ney. takde enjoy enjoy sambil pegang botol goyang kapla dengar lagu music disco. takde nak melepak dalam wayang untuk menonton wayang kulit yang hebat pecah panggung. Tak berkesempatan nak melantak MCD seperti keselaluannya.tak sempat nak meraung, melalak dalam bilik kecil yang ade satu televisyen dan juga remote atau lebih dikenali sebagai bilik melepas gian untuk menjadi Penyanyi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Takde semua kesempatan tu semua. Huh, kesian. nampak sangat aku ney wanita bekerjaya, lalalala *sambil jalan catwalk ,tangan kanan seperti mengipas muka.dengan muka riak penuh bangga. 






Okay, takpe. aku korbankan waktu cuti aku. takpe takpe. Redha. Hm... Oraiitt. dah, sebenarnya aku baru lepas terhru yang amat sangat lahh sangat. rasa macam dah tertahan airmata ney ha. asyik nak menangis je. Ya Allah, tabahkan hati hamba mu ini. *tersedu sedan dan sedu lagi berlagulagu. Mesti tertanya tanya kan, kenapa aku ney buatbuat sedih. hakk tuiih, nyampah kan korang. aku pun tak tau kenapa aku sedih. ye, betul . aku pn tak tau. dah! jangan tanya aku. tanya air mata je lahh ek. airmata kate, aku nangis sedih sangat tambah sebak dan dukacita sebab terbaca satu twitt ney. al maklum lahh, Cyda Sharif sekarang dah pandai nak bertwitt. twitt sana, twitt sini. twiitt bawah, twitt atas. eh, dah kenapa dengan kau?? -.-'

I’m not a perfect person, I make a lot of mistakes... but still, I love those people who stay with me after knowing how I really am.

Ayat yang aku sempat petik menggunakan kait panjang sejengkal ney aku amik dekat twitter Notebook Of Love. Best sangat ayat ney membuatkan aku terharu sendiri. aku mengaku dan sedar. aku tak berapa nak bagus sangat. lagilagi yang melibatkan perangai. Kadang kadang tu aku ade pikir jugak. dalam perangai aku yang macam jebon ney, ade jugak yang sudi nak berkawan. Pelik sangat. Mulut aku ney dalam kategori mulut lancang jugak. ade je yang aku tak puas hati , aku cakap. sampai bergaduh kadang kadang tu. :(




Muka aku memang nampak baek. bukan je baek tapi ade sifat kesopan santunan yang tinggi. sangat lahh naif rupanya. Tapi tu suma luaran semata mata. hanya orang yang kenal betul betul rapat dengan aku je tau perangai aku yang sebenarnya. bak kata pepatah " Hanya jauhari yang mengenal manikam ". Perhh, macam karangan masa form 5 je. kena ade peribahasa dan bidalan. haha. suka hati aku lahh. Sekali pandang, orang memang nampak aku macam budak baek. yang sangat mendengar cakap mak ayah. malang tidak berbau, aku bukan seperti itu. ada waktu aku langgar jugak ape yang mak ayah aku cakap. bukan sebab aku nak nampak bagus atau sebaliknya, tapi aku tak nak hipokrit. tapi aku bukan Anak Durhaka macam SI TANGGANG yang LANCANG. hehe ;)




Bukan senang jadi aku.dalam ramai kawan, mungkin ada yang tak suka dengan cara aku. aku tau tu. walaupun kawan kawan aku tak cakap kat aku, tapi sebagai manusia yang ada hati, tak kan lahh tak pernah walau sekalipun diorang kata buruk pasal aku kan? aku takde lahh nak menuduh, tapi mana lahh tau kalau ape yang aku sangka ney betul. aku tak perfect! takde sape pn yang perfect dalam dunia ney. hanya Allah SWT saje yang ada segalagalanya. tapi, aku bersyukur. ade jugak orang sayang aku. aku ada mak ayah yang sayang aku. aku ada akak dengan adik adik yang sayang kan aku. syukur sangat jugak sebab aku ade buah hati yang sayang kan aku walau dah macam macam aku buat kat dia. maki hamun? marah marah? sampaikan curang, pn aku pernah buat ... tapi dia masih disisi aku. sampai lahh sekarang. Kawan kawan pn tak kurangnya. Diorang masih sudi ade kawan macam aku ney. tak dapat aku nak nafikan. aku ney loading orangnya. lembap ? ha, lebih kurang lahh tu. bila diorang buat lawak, aku lahh orang terakhir yang gelak. sambil tu aku buat muka pelik. kenapa diorang pandang aku gelak? "Kenapa korang pandang aku? nape korang gelak awal sangat? hahaha. kelakar lahh." lepas tu kawan kawan aku mesti cakap "hmmmm..."Maknanya, aku ade buat salah. haha.




Terima kasih kawan, terima kasih sayang, terima kasih adik beradik ku, terima kasih mak ayah, dan terima kasih Ya Allah, memberi aku kelebihan seperti ini. Syukur alhamdulillah. :) Love u all !!!!!!!!!!

Wednesday, May 16, 2012

Ikan keli gergasi.

Assalamualaikum korang..


Rasanya dah dekat sebulan setengah aku kerja kat giant ney. Macam macam masalah kat sini semua aku tahu. Daripada masalah yang kocik sampai lahh yang godang. sumo den tau. eh, dah kenapa aku cakap macam tu. Okay, sambung balik ye. aku memang terexcited sikit hari tu. nak tahu kenapa? haruslahh anda semua tahu. ney pasal ikan gergasi yang ada kat Giant Senawang tu dah mati dan dah dikebumikan. kuburnya aku tak pasti kat mana. kalau ada sape sape yang tahu, bagi lahh tau aku okay. aku nak ziarah. Hm.



Aksi ikan-ikan baru dalam akuarium di Giant Senawang.


Macam dalam gambar kat atas tu. itulah ikan baru yang aku cakap tu. sekali pandang macam shark, dua kali pandang macam belut. kali ketiga pandang baru nampak macam ikan keli sebab ade misai kat mulut dia. aku ney bab nak kenal ikan memang jahil sikit. aku bukan kaki pancing! dan juga bukan penjual ikan. sama sekali tak berminat dengan ikan-ikan. Sorry lahh kalau korang tak berapa nak nampak gambar ikan tu. Okay, kalau nak tengok jelas sikit, gambar kat bawah ney ada. nahhh, tengok lahh puaspuas ye rakan rakan sekalian.



Ikan ney nak kawan dengan aku.
tu yang dia rapat kat cermin. dia suruh aku masuk berenang samesame dia.
sorry ikan. :'(
aku tak tahu berenang.


Aku rasa spesies ikan ney adalah ikan keli Africa. sebab ramai yang kate macam tu. bapak mak adik akak besar gile nak mampus nak mati. haa, memang bagi aku besar. tu aku jakun sikit. sikit je lahh ek, tak banyak pn. kalau ade sapesape yang nak tengok dan lihat dan saksi ikan ney dengan lebih jelas, korang boleh pergi ke Giant Hypermarket Senawang.Sekian, terima kasih. ;)

Monday, May 14, 2012

Sahabat? Hakk tuihh!

Assalamualaikum..


Marah macam mane pun , salam wajib kena bagi. and macam biasa, sape islam, reti-reti lahh menjawabnya. Semalam hari ibu kan? Aku wish je. Tak sambut pape pn. Katenye, sambut hari ibu ney haram? Ye lahh kot. sebab tu aku wish je. nak sambut macam tak sure pulak. pape pun, sayangilahh mak anda semua. seorang ibu tiada galanggantinya. HAPPY MOTHER'S DAY TO MY BEAUTIFUL MOM, Pn Rusimah Binti Mustafa. ;)



My mom ;)


Bukan pasal mak yang aku nak cerita sekarang, tapi pasal orang laen. rasanya tak payah lahh aku sebut namanya. aku tak nak korang carik sape yang aku maksudkan. cukup lahh aku panggil "dia" je.


Perkenalan yang dah dekat 7 tahun dengan dia memang buat aku sayang sangat kat dia. tapi tu dulu lahh. sekarang tak lagi. aku memang dah lost contact dengan dia. bukan sebab dia tukar nombor, tapi sebab aku memang nak dia pergi jauh dari hidup aku. aku tau, dia serba serbi perfect. dia ade macam macam. aku? hanya ade dia sebagai kawan. aku harapkan hubungan persahabatan tu terjalin sampai bila-bila. tapi cume sekejap. hanya kerana dia pikir aku dah berubah, dan aku pikir dia dah berubah.





Semua orang ingat aku dengan dia KEMBAR . Maybe sebab aku dengan dia dahh rapat sangat. Hm, tapi entah lahh. tak sangka perpisahan yang terjadi. *macam putus cinta pulakk. haha. geli! okay, Sekarang, memang aku tak tau pape pasal dia. kalau tau pun, daripada mak aku. mak aku memang tak reti nak bermusuh dengan orang ney. mak cakap, "kalau kau nak gaduh, kau je. jangan nak ajak mak sekali. mak tak nak masuk campur. " Macam tu lahh yang mak aku kata. -.-'


Mak aku banyak kali ingatkan, kalau aku nak bermusuh dengan kawan-kawan, cukup lahh dengan kawan tu je. jangan nak libatkan orang laen. maksudnye, mak tak nak aku bergaduh melibatkan family dia. setakat ney, aku dengar lagi pesan mak aku. kalau aku terjumpa mak dia or ayah dia, aku mampu tersenyum lagi. takde lahh aku nak ludah depan diorang. tu memang nak mintak kaki. ishh, tak sampai hati nak buat macam tu. mak ayah dia baek dengan aku. sebagai orang yang berpangkat anak, sewajarnya aku hormat mak ayah dia. walaupun, aku fuck gila dengan anak dia.





Bila kadang kadang tu aku teragak nak makan kuih, aku cakap lahh kat mak, aku nak makan kuih tu. aku nak duit, nak pegi beli kuih tu. aku memang tak sangka, mak kate, "haa, tu lahh kau. cube jadi macam dia tu. semua kuih pandai buat." Okay mak, aku memang tersentuh sangat bila ade yang sudi membeza bezakan antara aku dengan dia.  :'(

Ye, memang tak dinafikan. dia memang ade bakat nak memasak. apatah lagi membuat kuih muih. yang aku pulak? sebaliknya. :'( aku serba kekurangan. I'm not perfect! -.-' Bila mak cakap macam tu, aku jadi marah. aku jadi macam nak maki hamun je. tapi bila difikirkan, ape jadahnye aku nak hamun sana hamun sini sebab dia tu. tak de paedah pn! aku pun watlekk, watchill je. bia kan lahh. asalkan aku tak HIPOKRIT! semua orang tau aku tak pandai masak. aku cuma tau masak air, masak nasi, masak maggi dan goreng telur. itu pun dah kira bagus sangat. at least, takde lahh laki aku kebulur time dah kahwin nanti. ;)




Aku tau, aku memang bencikan dia. aku pantang kalau ade orang yang sebut nama dia depan aku, termasuk lahh mak aku sendiri! tapi dalam hati aku, aku dah maafkan semua kesalahan yang dia dah buat kat aku. aku harap dia pun sudi buat macam yang aku buat. cuma aku tak boleh nak terima dia sebagai orang yang special dalam hidup aku selepas mak ayah, adik beradik and buah hati aku. cukup lahh hubungan sebagai sahabat yang dah terjalin 7 tahun dulu, jadi kenangan. aku tak berminat nak sambung lagi. -.-'




*muka macam mintak penampar. haha. lantak lahh. asalkan aku bahagia. ;) Thanks reading this!

Saturday, May 12, 2012

Kisah aku.

Assalamualaikum..


Hye korang yang sudi membaca.:) Selamat sejahtera hendaknya. Sebenarnya aku agak bosan. sebabtu lahh kali ney aku maen update je kisah yang aku suka. lantak lahh. asal kan hati aku senang. Hm, Dah dekat sebulan lebih aku kerja kat kiosk kat Giant Senawang ney. Makin ramai kawan yang aku dapat. Alhamdulillah., bertambah kawan-kawan aku. hee :D suka tau. Sebut pasal kawan ney, tetibe aku teringat kat classmate aku  sekolah dulu. Hm, kenangan je semua tu. yang sudi tegur aku, tegur. ade tu, macam tak kenal langsung. tak kisah lah, janji diorang bahagia. :) Lagi pun, aku tak tau langsung perkembangan ex classmate aku dulu dulu. sebab aku dah leave dari group 5 LAVENDER. hm, :'( takpe lahh, tak nyesal pn. yang penting, masing-masing dah ade life sendiri. yang makin cantik ade, yang makin hensem pun ade, yang makin kurus pn ade, yang makin gemuk pn ade, yang makin terkenal pn ade, yang makin tak terkenal pn ade. haaa, macam macam ade. begitu lahh kehidupan ye . semakin hari semakin dewasa. sekarang umur aku 19 tahun. tahun depan menginjak ke 20 tahun. wahh! dah 2o-an. boleh kawin dah. hehe. :D





Seperti gambar di atas, dia adalah rakan baru saya. :) Kalau aku bosan ke ape ke. aku mesti tangkap gambar banyak banyak. ade tu, aku selamba suruh buah hati aku teman kan aku. kesian dia. penat baru balik keje, aku dah suruh macam macam. hehe. nasib lahh kau sayang ;)


Semalam, bersamaan dengan 11 May 2012, dia de datang teman aku macam biasa kat tempat kerja ney. tetiba malam tu aku nak suruh dia buat something yang selama ney memang aku nak sangat tengok. hehe, jangan pikir yang bukan bukan ye. aku suruh dia lukis gambar aku je. dengan muka sedih, dia kate yelahh. aku pun bersorak gumbira sambil dalam hati nyanyi lagu Beyonce.haha, tetibe.




Seperti gambar di atas, begitu lahh tekunnya dia melukis gambar aku. sampai tak perasan aku amik gambar dia. hehe. yang peliknya, kenape mesti ade komik tu? CINTA GILA? huhu, cinta kita tak macam tu kan sayang. :) Selepas beberapa minit...




Beginilahh hasilnya. HAHA! ney sume dusta dan tipu belaka. dia tak lukis pape pn . kertas tu habis diconteng dengan nama nama aku dan dia. saje membazir kertas. kata pun dia ade share dengan syarikat A4 PAPER tu. haha. terukk! Okay lahh, aku macam malas nak taip panjang panjang. kena layan customer jap. ade yang nak beli minyak wangi. okay, gerak !!!

Tuesday, May 8, 2012

Hantu air.

Assalamualaikum.


Sesiapa yang beragama islam, anda diwajibkan menjawap salam tu ye. Hm, hari ney bersamaan dengan 8 MAY 2012 telah mencatat rekod dalam diary peribadi aku. hal ini demikian kerana, aku sakit perut tahap orang nak bersalin. uishh, melampau nye. ye. memang ye. aku sakit perut. sakit sangat. kalau dah sakit perut, dengan automatiknya, toilet menjadi rumah kedua aku. haihh. bertapa aku kat dalam tu. mana tak nya, dekat berjam jam duduk je. bukan nya boleh lending lending pn kalau dalam toilet. issh, kembang tekak.



Ini muka ha, itu macam tahan berak laa amoii.
Haha :D


Dah dah laa bercerita pasal toilet tu ek. kali ney, nak cerita pasal buah hati pengarang jantung aku yang sorang tu. yang mana? tak kenal ke? betul ney tak kenal? cett! mengapakah anda takkenal. beliau ialah seorang ahli gusti yang sangat famous lagi hebat. eh, tetibe je . tak lahh. sape lagi kau bukan Faizal ku sayang <3 hee :D


Mengapakah anda menggigit kuku?
Adakah kerana patung sexy kat belakang tu?
ha! ha ! baek kau cakap sebelum aku gigit kukukuku kau sume.
Haha :)


Aku sayang dia. aku rindu dia. aku cinta dia. aku mahu dia. Dush dush dush! mati kau cyda. mati kau! kenapa  tetibe jiwang ney. iee, geli lahh. ishh, tapi demi kau Abang ku sayang, ape pn sanggup ku redah. setakat nak redah jalan belakang rumah aku tu, aku mampu sayang. nak redah bangunan 13 tingkat. pn aku sanggup sayang. aku guna lif untuk kau wahai sayang. haha.Bodoh, memang cari pasal kau ney cyda. okay lahh, secara jujur , ye. memang aku sayangkan makhluk tuhan yang tadi. hanya dia dihati sekarang ney. much love sayang, nahh sambut cepat .. 
MMMMMMMMMUUUUUUUAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHH :* hee :D gedik lahh aku. mencitau menci cangat cangat. cubit nanti. hee :D


Kali ney kau hodoh sayang. cukup hodoh.
Haha :)
Tapi aku sayang kau jugak.


Kata-kata puitis dari ku untuk mu sayang:


Lupakan aku saja
Dari kaca fikiran
Andainya bersamaku
Engkau tidak bahagia

Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Sehingga aku sanggup menantimu
Walau berabad lama

Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerana paras rupa
Sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu

Demi kasih sayang
Yang aku pertahankan
Sanggupku meniti
Malam tanpa mimpi
Aku berdoa kita dapat berdua
Hingga ke akhir hayat
Untuk selama-lamanya 


Semoga kita akan bahagia buat selamanya sayang :) 


Cyda & Faizal
Forever in LOVE.
InsyaAllah~


  • Entry yang aku post ney dengan isinya, tak ade kena mengena. Dah . Diam! aku tau tu. saje je nak buat suspen. kononnya aku jumpa hatu dalam air tengah lemas. Tolong tolong selamatkan dia. hehe . Just JOKING! ;) Puisi yang konon nya  lahh sangat aku yang bagi, tipu dan dusta semata mata. Lirik lagu je tu, Tajuknya DEMI KASIH SAYANG. Penyanyi nya ialah aku. Atau lebih dikenali sebagai Dato' Siti Nurhaliza. Okay, cawww . kbye :)


Monday, May 7, 2012

Wangi tapi busuk.

Assalamualaikum.

Haloo, hello. holla. ape lagi ek?dah dah, sebelum merepek, lagi baek kau diam CYDA. Okay, aku cakap dengan diri sendiri . Hm, kenapa entry aku berbunyi sebegitu rupa? Apakah wangi itu sebenarnya busuk? ataupun busuk itu sebenarnya wangi? apakah ini? apakah semua ini? okay, nampak permainan nya di situ.  Heyyy sang yang berbau wangi, apakah anda sebenar nya? mengapakah anda harum semerbak kasturi, *Lagu Zainal Abidin. tetibe. uhuk uhuk. okay, back to the real alam nyata dah terang lagi bersuluh. haha aku pening gila lahh weyh. dah dekat sebulan aku kerja part time kat Giant Hypermarket Senawang ney, aku dah naek pening sebab hari hari aku wangi. kecuali waktu aku cuti, time aku cuti, aku kurang nak wangi, bukan busuk ye anak-anak. harap maklum! 


Katapun kerja kat kedai minyak wangi. minyak wangi bukan macam yang kat Body Shop tu, tapi minyak wangi yang pati tanpa alkohol. kalau korang terminum minyak wangi ney pun, aku rasa korang tak mabuk. haha. tapi tak semua minyak wangi ney wangi tau. ade yang bau perhhh, macam kentut unta. ade pulak tu macam bau asap curut. eh ape tu? entak lahh. aku maen sebut je. Hm, tapi ade jugak yang wangi macam bau aku. hehe. perasan wangi lahh aku. mencitau menci. ^.^



Haruman yang menjadi pilihan atuk atuk tua.
haha.
sumpah busuk weyh.
aku tak suka bau ney. -.-'


Amen@Muzzafar. macam tu lahh nama yang dah tertera kat badan haruman ney. haruman ke? tak lahh. hareman lahh kot. hehe. aku cukup pantang kalau ade customer aku yang nak beli hareman ney. memang lahh rezeki kateko, tapi aku tak suka. bila aku tuangkan cecair ney masuk dalam botol yang telah disediakan, malang tidak berbau, tangan aku mesti terkena sikit cecair ney. alamak, dah busuk tangan aku. saje je tau customer ney. saje je nak bagi aku busuk. mentang mentang lahh aku wangi. ishh, :'(



Minyak wangi yang bagi aku wangi. ;)
Ramai jugak yang beli.
tu pun sape yang berminat.
yang tak minat, dah diam kau!


Macam lagi minyak wangi yang ade jual kat tempat kerja aku ney. tapi dua tu je lahh yang dapat aku mention kan. Kalau sape sape berminat, boleh lahh berhubung dengan ku, atas dasar kerja ye. Hanya di Facebook atau di Twitter. Selain daripada tu, takde. harap maaf! siaran tertunda. Okay, time tu eat. disebabkan keasyikan makan yang terlalu banyak. aku semakin gomok. haiiihh -.-' dah laa, kbye. :)

Friday, May 4, 2012

Kawan jangan lawan.

Assalamualaikum korang.

Jawab lahh salam aku tu ye. walaupun aku tak dengar, tapi Allah SWT mendengarnye. Ecewaahhh, dah macam ustazah la pulak. Okay, back to the real me. Entry aku kali ney pasal kawan. tak habis habis nak bercerita pasal kawan kan? al maklum lahh, aku ney ramai kawan. tu yang nak cerita pasal kawan je tu. hehe. perasan je ramai kawan. -.-'




Macam gambar yang korang tengok tu, dalam gambar tu semua classmate aku. mase ney kitorang pergi picnic kat Pantai Tanjung Bidara Melaka. Fuuhh, best sangat. ;) betul kata orang, pengalaman hidup kat universiti ney best sangat. alhamdulillah. syukur sangat sebab aku dapat merasainya. :) 



Girl yang sebelah aku tu is my ex roommate mase aku di part 1. insyaAllah, aku harap next sem nanti aku nak jadi roommate dia lagi. Hehe. aku suka air teh O yang dia buat. perhh, sedap weyh. nama nya hanisah amirah. cantik namanya. macam orang ea. hehe. dia kawan baru aku. and aku harap aku dengan dia boleh jadi kawan sampai bila bila. :)



Yang sorang ney pulak kawan baru aku jugak. Comel je kan? Hehe. Ain Nabila nama dia. Masih single. Sape sape berminat cakap je dengan aku. nanti aku bagi tau dia. hehe. ain ney pandai. bangga aku jadi kawan dia. ade salah silap aku, dia yang tegur. kadang kadang boleh jadi gile jugak aku kalau ade waktu dia tengah tak betul . haha.



Mereka ney kawan aku jugak :)
Syaffiqqa and Eyaa .




Me with Siti Khadijah :)


Me with Elida :)


Me with Adikkk. Waniey :)


Me with si hensem: Raffiq :)


Uppppsss!! jangan digosipkan ye. ney pn classmate aku. Zawani :)


Okay, tadi pasal kawan. ney pasal sahabat. beza ke sahabat dengan kawan ney? erm,, ade lahh kot bezanya.. sahabat time senang ,memang ramai. tapi sahabat time susah, payah nak cari. tapi alhamdulillah. aku dah jumpa sahabat yang aku nak cari. :)




Jangan disalah anggap. dia bukan cina. malah bukan juga iban. bahkan juga bukan india. dia cuma orang asli je. hahaha. sorry. :) dia melayu k. mate je sepet. tak tau lahh kenapa. kena gigit semut kot. haha. Anna Maria nama diberi. cantik namanye secantik bidadari. tapi dia tak cantik. jangan kata dia cantik, nanti dia dah kembang, habis sume orang kena puji dia. hahaha. anna anna..


Atikah Abdullah. dia pun kawan aku yang senarai paling teratas. Syukur dipertemukan dia sebagai kawan aku. sejak dari sekolah rendah, sampai lahh sekarang, aku masih berkawan dengan dia. setakat ney tak pernah gaduh. hehe. mintak di jauh kan ye. :)


Bak kate pepatah:
Musuh memang senang nak dicari,
Tapi kawan sejati, susah nak di cari ganti.


Kalau korang ade kawan, kalau boleh pandai lahh jaga hati kawan. jangan sesekali memburuk kan mereka. kalau kita dalan kesusahan, selain daripada family, kawan lahh jadi tempat nak bersusah bersenang. hargai lahh selagi mereke masih dengan kita. :)


cyda :)


Tuesday, May 1, 2012

Peminat tegar!!

Assalamualaikum korang.

Untuk yang kesekian kalinya kita bertemu lagi. hehe. aku suka berangan nak jadi pengacara tv tau. tak tau lahh kenapa and sejak bila minat tu ade dalam diri aku. kalau tengok tv je, aku mesti tengok pengacaranya. kalau pengacara cantik, lawa, berkeyakinan kalau bercakap, aku akan setia tonton tv tu. tapi kalau sebaliknya. ku cepat cepat tutup tv and tidur. haha. antara salah sorang pengacara yang aku cukup minat, dah tentu lahh Nuruk Syuhada Nurul Ain. aku suka tengok dia mengacara WHI. suara best, ada intonasi yang menarik. sejak daripada dia mengacara MAJALAH 3 lagi aku dah suka dengan dia. sambil aku tengok dia, sambil tu aku berfikir dan terus berangan. BILA LAHH AKU DAPAT JADI MACAM DIA????? -____-' Kata orang, kalau dah minat, ape salah nya diteruskan. ye! aku akan terus kan minat aku. tapi aku ade masalah yang sangat besar.




Nurul Syuhada Nurul Ain


Masalah yang aku hadapi sangat lahh susah untuk menjadikan aku sebagai seorang pengacara. hmm, aku ney takut nak bercakap depan orang . walaupun jadi pengacara bercakap depan camera, tapi takut tetap terasa. aku tak tau lahh kenapa self confident aku ney lemahh bebenorr ye yopp. huhu. entah laahh.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya aku tak berminat sangat nak cakap pasal tu. tapi aku lebih berminat nak kongsi minat aku dengan korang semua. aku ney sebenarya pernah berangan angan nak jadi model. HAA?? lagi teruk . tadi nak jadi pengacara, sekarang nak jadi model pulak. okay, aku rasa aku ney ade masalah minat yang terlalu banyak. haha. bengong! okay, back to basic. aku memang berminat nak jadi model sejak aku kecik lagi. konon konon nya aku ney cantik gile. ye, aku memang suka kate aku ney cantik sebab takde yang kate aku cantik. haha .




Aku tau sape aku. -.-'


Hee, melambong tinggi minat aku tu kan. ahh! pedulik lahh aii. yang penting aku bahagia. aku ade? kau??? takde!! haha . One of the best model search yang aku follow ialah PERTANDINGAN DEWI REMAJA. kalau ikutkan hati aku yang meronta ronta ney, aku nak je join search ney. tapi ... syarat dah ditetapkan, hanya yang free hair saje dibenarkan menyertai. okay, aku tak free hair. so, lupekan je hajat kau tu shidunn. haha. bodoh safwan, panggil aku SHIDUN. i hate that name! -.-'



Nampak tak. hanya yang free hair sahaja. :D


Aku ade jugak sampaikan hasrat aku kat parents aku. diorang kate "suke hati kau lahh kak idah oii. asalkan kau bahagia.." ha, nampak tak nampak? diorang merestuinya. haha. sayang mak and ayah. macam tau tau je yang aku ney berbakat jadi model. ahaks!! rasa macam nak tampar diri sendiri sebab perasan nak mampussss. heee :)



Kate Moss <-- One of the Supermodel in Hollywood. :)


Cyda Sharif <-- One of the Perasan Model in Malaysia. Haha :D

Haha. kelakar kelakar. aku punye minat entah ape ape kan ? kadang kadang tak masuk akal. masuk air ade lahh. tapi kawan kawan aku ade jugak yang kate aku ney BERPOTENSI menjadi model. haa, mesti korang tak percaye kan ? mesti korang kate aku tipu kan? eh, hello, takde mase nak tipu. hehe . perasan lagi. takpe lahh, aku tau aku tak kan berjaya memperoleh minat minat aku tadi. itu suatu yang mustahil dan ganjil. ishh ishh ishh..  pape pn , aku ade jugak tanam minat . walaupun mengarut merepek kerepek dan ape ape je, at least ade. jangan korang simpan minat nak jadi permaisuri agung pulak.tu lagi merepek gile. haha. kalau ade yang nak jadi permaisuri agung tu, lupakan lahh hajat anda. merepek meraban sangat tu. haha.




Tak lame lagi, aku pulakk. hehehe :)


Okay, thanks coz reading. Lot of love :) Byee
---> Skin blog dah tukar, tulisan dah tukar, lagu blog pn dah tukar. sumenye baru. tu pn kalau korang perasan. hehe. ^.^