Powered By Blogger

Friday, February 15, 2013

Kisah kelmarin.

Assalamualaikum semua.

Harap pembaca yang sudi baca ney sihat hendaknya. InsyaAllah... Macam mana cuti tahun baru cina kali ney? Ada pape aktiviti yang best? Ahaa, disini aku nak kongsikan pengalaman aku sebelum tahun baru cina untuk tahun ney. Kali ney kisah aku banyak gambar. Diharap pembaca sekalian tidak mual mahupun muntah melihat aksi aku dan rakan-rakan di lensa kamera milik rakanku.

1,2, dan 3 Febuari lepas, aku dengan ahli kumpulan dokumentariku iaitu Wana, Ain, Wani, Farid dan juga pemandu merangkap jurukamera kami pada hari tersebut ; Fizan atau lebih mesra dipanggl Guri Guri Guri. Ehh, oberr sampai 3 kali pulak. uhukkks! Kehadiran kami ke Kuala Pilah disambut baik oleh makcik pakcik kat situ. Untuk pengetahuan semua, mereka ney stay kat rumah aku selama 2 hari tersebut. jimat kos sikit. :) haha. Okay....Bermula laa perjalanan dokumentari kami.....

Bukit Putus merupakan perjalanan pertama kami. Aku berada dalam kereta yang berasingan dengan mereka sebab faktor sempit dan juga kereta berat. Hihi.. Aku naik kereta ayah aku. diorang pulak naik kereta Gen 2 yang telah kami sewa dengan nilai anggaran sewa sebanyak RM100.00. Krikkkk..... Krikkkkk...... Krikkkkk tu je laa yang kami dengar sepanjang laluan ke Bukit Putus. Jalan dah lama tinggal memang seram kalau waktu malam. Nasib baik kami melalui jalan tersebut pada waktu pagi nak ke tengahari. Takde laa takut sangat. kan kan? Bila dah sampai, kami mulakan edisi shooting kami. nak tengok videonye?? Tak payah laa.. nanti member aku malu. Hihii

Lepas ke Bukit Putus, kami teruskan perjalanan hingga ke kampung senaling. Mak tih aku buat kenduri time tu. Memang sedap laa shoot latar belakang orang tengah kenduri. Aku laa jadi pengacara pertama untuk slot dokumentari kami tu. Dah bla bla blaa aku cakap, kami pun menjamah lauk kenduri. Tapi Wani je tak makan. Maybe sebab takde ayam goreng. hewhewww :D

Selepas ke kenduri, kami berehat sebentar di kampung ku, di Tanjung Ipoh Kuala Pilah. pada asalnya kami nak ke 4 tempat dalam satu hari. Tapi sangat letih dan penat, kami jadikan perjalanan kami daripada sehari kepada dua hari. Lepas rehat-rehat makan kuih badak berendam dengan air jimmy asmara, kami teruskan perjalanan ke Restoren Warisan Terachi. Suasana restoren tu cantik dan lawa. tapi sikap tuan punya restoren yang tak lawa. Orang datang dari jauh nk interview, dia boleh buat bodoh kat kitorang. Makanan dia yang sedap jadi tak sedap. Tapi time Wana and aku nak bayar bil makanan, dia ada memohon maaf. Katanya dia busy. Tak terlayan kitorng yang datang nak interview ney. Yelaa, kami interview akak, bukannya masuk tv. paling busuk pn masuk laptop Tania je. ngehh ngehhh ;p

Lepas Wana shoot kat restoren, turn Ain pulak shoot kat Padi Field at Terachi Village. Tempatnya sangat laa nyaman. waktu kami datang nak shoot, ada sepasang pengantin pun tengah pose anje anje kat tengah sawah tu. Biasalaa nak buat gambar kenangan kawin. Hmm, abg, sayang nak camtu jugak. Ambik gambar kat tengah sawah. Pemandangan lawa je........ *tetiba menggelabah cipan. ahaks!!!

Hari keduanya, kami ke Ulu bendul. Kononya member aku ney nak pergi UB pukul 8. 8 katanya... tapi sorang pn tak bangun lagi. Guri je yang dah bangun. Aku? hihi pun belum bangun lagi. Tengok jam dah pukul 8.30 je. hewheeww ;p Okay sambung, lepas tu kami pun pergi laa ke UB dengan tujuan dan harapan berbunga konon nak siapkan dokumentari kami. Turn Farid pulak. Aishhhh. belum pape camera Nikon Wani dah masuk air. Salah Guri katanya sebab tergelincir. Hmm, tapi apa boleh buat, dah benda nak jatuh dalam air. Wani sabar k. Nanti dapat voucher buku PM kasi RM250 tu kita beli  camera baru k. hahaha. *gelak jahat.. hehe Okay, sambung, lepas camera jatuh masuk air, hujan rintik-rintik pulak. dah rintik-rintik renyai-renyai pulak. dah renyai-renyai lebat- lebat pulak.... Hmm, cuaca tak menentu. Nak di jadikan cerita, kami pulang kerumah aku dengan muka yang masam. Farid laa frust sebab tak dapat mandi. Hahah. padan muka Farid.

Lepas hujan berhenti, kami memulakan semula perjalanan kami yang dah tergendala tu semula. Kali ney ke Istana Seri Menanti. Sangat lahh lawa istana lama tu. Selama ney tengok dari luar je. bila dah dapat masuk, fuhhhhh.... mmg cantik tempatnya. Lain kali nak pergi la dengan family pulak. Kat Seri Menanti tu, turn Wani shoot. Wani dah boleh jadi pengacara Majalah 3 dah. haha. Good Job! :)

Lepas ke Istana tu, kami ke UB semula. Time tu dah pukul 5.30ptg. nasib baik boleh masuk. Okay, Farid punya turn. Dia dengan machonye pun adoii siapkan laa tugasan dia. Alhamdulillah, semunya dah selesai. Sebelum balik, kami ada buat video untuk kenangan kami. Dan video tersebut ternyata tidak boleh di upload untuk tontonan umum kerana kami ada menyebut nama Lecturer kami. Hewwheww.. mati kalau lecturer aku tahu. Langsung tak dapat markah nanti. ;p

Sebagai penutup kisah, korang dijemput melihat lihat gambar kami sepanjang 2 hari di Negeri Sembilan Darul Khusus ney. Nnati kalau Wana, Wani, Ain, Farid and Guri ada masa, jemput lah datang ke Negeri Sembilan lagi. Kita mandi UB lama-lama okayyyy. :)


 
Kereta yang membawa muatan seramai 6 orang didalamnya. ;p

 
Tengkolok. Farid konon kahwin 4. Bahagia ek? haha

 
Akhirnya sampai di Kg Senaling. :)

 
Sebelum jalan jauh, isi minyak dulu di Petronas Kuala Pilah.
 
 
Aku tak tahu apa yang Wani cuba sampaikan. -.-'

 
Wani dan Ain yang jelita. Farid dan Guri yang comel sila panggung. hihi

 
Ehh, diorang lagi. -.-'

 
Baacakkk. Kami gadis tingkap. haha

 
Sesi serius. Interview dengan owner kenduri. My Pak Ngah. :)

 
Keletihan pinjam laa batu tu buat sandar. -___-

 
Comelnya semua. Tapi Wani lagi comel kot muka camtu. Hihi. Tak ready lagi. :D

 
Wana dengan makanan kami. Pinjam je tu. haha

 
Nak lompat katanya.... Tapi........... TAK JADI. haha

 
Beautiful scenery of Padi Field in Terachi.

 
Nak kenal? Follow @MatUlau93 di Twitter. ;p

 
Kami di Ulu Bendul. :)
 
 
Semoga kekal ke akhirnya. :')

 
dari kiri Wana, Ain, aku, Wani dan Farid. :)

 
Mereka kawan ku. :*

 
Sapa amik gambar sapa ney? haha
 
Tu je laa gambar yang dapat ku kongsi, Maaf ye. Video tak boleh dikongsi atas sebab-sebab yang tertentu. Thanks reading. Wassalam. :)
 
 
Love,
CYDA ...