Powered By Blogger

Monday, February 21, 2011

MULAKAN HARI MU DGN CERIA :)


 Ceria dan bahagia bnyak berkait soal hati .bahkan boleh di katakan ceria dan bahagia memang bermula dari situ .kalau hati gelisah , resah , susah hati , tak puas hati , sakit hati , dan dengki , ceria serta bahagia akan tercabut dari diri kita . kita harus menceriakan dan membahagiakan hati kita sendiri setiap hari , bermula setiap pagi . di situ lah suis nya . hati kita hak kita ! hanya kita yang tahu situasi apa ia berada dan ke hala mana kita hendak membawa dia . ketika anda bangun tidur ,.apa perkataan pertama muncul dalam hati anda ? ada 3 situasi .

             Situasi yang pertama : Orang yang bangun tidur dan hati nya berkata "alamakkk !, hari isnin hari ini ! apa pasal la hari ni hari isnin . malasnya aku nak pergi kerja/sekolah . menyampah nye aku !!!" 

    InsyaALLAH . orang begini tak ceria dan tak bahagia sepanjang hari . dia telah memberi peluang hati nya tak ceria dan tak suka pda hari itu . nak ceria kan apa ??? itu ibarat meletakkan satu gap atau sempadan atau had kepada hati bertindak balas , cerdas dan cergas .hati sentiasa berkomunikasi dengan minda . apa yg terlintas di hati serta merta tersalur ke minda - secara automatiknya , minda pula akan bertindak mengikut suara hati ataupun arahan hati . hati berkata "malasnya nk kerja , malasnye nk ke sekolah hari ni , benci nye aku kat dia , menyampah nye laa aku kat dia tu ." minda akan menyetujuinya .sebab hati adalah raja diri manakala minda ialah permaisurinya .apa kata raja , permaisuri terpaksa akur .

    Jadi , untuk menjadi kan hari kita ceria , dan bahagia , sentiasa mulakan dalam hati : "wah , hari ni hari isnin !! peluang aku nak tunjukkan kecemerlangan terbuka lagi . aku akan gunakan hari ini sebaik mungkin ."

Berbeza tak ?? Orang yg bangun dgn liat , malas , menyampah akan menyebabkan pergerakkan nya turut malas , lembap dan lembik . tapi . orang yg bangun dengan cergas , seluruh hati nya akan menjadi ceria ! jadi , kalau pagi tadi anda sudah berikan makanan negatif pada hati , betulkan sekarang ! tukarkan nya dengan yg positif . :) sebab BERTAMBAH LUAS AKAL , BERTAMBAH LUASLAH HIDUP , BERTAMBAH DATANGLAH BAHAGIA . BERTAMBAH SEMPITLAH AKAL , BERTAMBAH SEMPIT PULA HIDUP , BERTAMBAH DATANGLAH CELAKA . 




                                               PETIKAN BUKU MOTIVASI " NAK KE TAK NAK "