Powered By Blogger

Monday, May 23, 2011

kahwin je la . kan senang tu -____- '

assalamualaikum ..
hye u all . ;)


beberapa hari yang lepas , macam-macam dugaan aku dah hadapi . perhh ! kalau orang tak kuat memang da check in KUBUR dah .tapi sebagai orang yang beriman lagi solehah *buat muka suci + alim* hehe , aku tak tergamak nak buat benda yang bukan-bukan tu . berdosa babe ! Allah tak bagi nak cium bau syurga . hmm ,, tapi tu lah , bukan senang nak jadi kuat macam MARSHANDA dalam sinetron SEJUTA CINTA MARSHANDA . susah jugak nak kuat dan berwibawa macam MARIMAR atau BELLA ALDAMA dalam telenovela MARIMAR . susah sangat kan . tapi sebagai manusia yang sering di uji Allah SWT , aku terpaksa jugak hadapi semua dugaan tu dengan redha dan tenang . kata-kata semangat daripada kawan-kawan , sedara-mara sering aku gunakan untuk naik kan balik semangat dan mood aku yang dah hilang . susah betul aku nak happy kan mak dan ayah aku . sedih betul bila telinga aku sendiri dengar keluhan hati dia orang .

 MAK KATA  : ntah la kak idah . semua tawaran kau tak dapat . ape lah salah mak dapat anak-anak yang langsung tak bagi mak happy macam orang lain . senang je anak-anak dia orang dapat tawaran sambung belajar .tapi mak ..... hmmmm ...

AYAH KATA : dah letih ayah carik duit nak sekolah kan kau . tapi apa yang kau bagi kat ayah ?


YaALLAH . sumpah aku sedih ! sebagai anak yang solehah , aku macam nak pergi gantung diri je time tu . huhu . waktu tu , hanya seorang aje yang sudi dengar masalah aku . siapa dia , tu aku tak payah nak cerita . biar lah aku je yang tahu . memang macam tangki air pecah air mata aku ney .langsung tak henti-henti . mula-mula problem dengan pakwe . lepas tu family . lepas ney ape lah pulak ye ? hmm , entah la . tak reti aku nak hitung tu semua . bersabar lah tunggu ujian seterusnya .

nak masuk form 6 , aku takut tak boleh nak bawak . aku takut nanti aku kecewakan mak ayah aku lagi . nak masuk politeknik ? aku TAK DAPAT POLITEKNIK ! yeah , macam bodoh je . nak masuk U ? sudah terang lagi bersuluh AKU TAK TERPILIH nak jadi student U .lagi lah macam bodoh . ape lagi yang boleh aku buat kalau masuk kolej . tapi aku tak nak pergi kolej . bayaran nya mahal sangat . satu semester RM2781.00 . OPOCOOTTT ! mahal nak mampos bagi yang kurang berkemampuan macam aku ney . kalau dah 6 semester semua nya RM16000.00 . tak ke mahal tu ? lagi pun bukan aku sorang je dalam family . ramai lagi adik-adik aku nak guna duit nak sekolah . sebagai kakak yang baik hati dan berbudi pekerti *cewahh , hehe* aku tak sanggup nak tengok adik-adik bersusah payah ikat perut tak de duit belanja nak ke sekolah . tak cukup duit nak beli buku dan sebagainya .aku kesian kan mak dan ayah aku yang susah payah kerja semata-mata nak tengok aku dapat diploma and degree in LAW .


 kalau ikutkan hati , aku nak je terus kahwin . tak sampai 5 bulan kahwin da dapat anak . bukan sorang tapi kembar terus . lepas tu , genap 3 tahun , pregnant lagi . tambah lagi sorang anak . tahun-tahun terus berlalu dan makin ramai lah anak aku . *haha . aku memang gile lah !* tapi tu semua kalau lah aku tak de harapan dan peluang aku nak sambung belajar . lagi pun , ekonomi pakwe aku dah kukuh da . setakat RM50 RIBU tu ,kacang je bagi dia . *aku tipu je . padahal ,RM50 pun dia susah nak ada .haha ,*

iee,, memang harapan terakhir aku nak kahwin je . tak sabar babe ! hehe . dapat duduk atas pelamin , tengok orang ramai datang majlis aku . pelamin yang di hias indah daripada designer yang perhh cukup terkenal . lagi-lagi dapat pakai baju pengantin yang di design oleh RIZMAN RUZAINI . pakai kasut kahwin dari jemana JIMMY CHOO . wahh !aku memang dah tak sabar . lalalaa .. *lantak lah apa u all nak kata*

saat di ijab kabul kan . waktu yang aku tunggu-tunggu .nak sarungkan cincin .
agak-agaknya , dapat ke tak jai belikan cincin permata berlian
untuk aku ?? :')



sirih junjung pengikat kasih sayang antara
NURSHAHIDAH (CYDA)
DAN
MOHAMAD FAIZAL (JAI)


antara hantaran yang wajb aku dapat hari aku kahwin nanti .
coklat ! yeah . i LOVE coklat ;)


kek kahwin .
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
CYDA DAN JAI .
*tak salah kalau berangan kan ? hehee ;D *


singgah sana istana ku yang cukup simple dan comel .
JAI duduk kerusi kanan .
CYDA duduk kerusi  kiri .
say : i love u abg :)


TAK SALAH KALAU BERANGAN KAN ?? hehe .. kahwin je la . kan senang tu .-___- '

yang kuat berangan .
CYDOTAA   :)