Powered By Blogger

Thursday, October 25, 2012

Novel hanya Cereka.

Hye Assalamualaikum...



Dah seminggu aku duduk rumah. Alhamdulillah, segala zat, protein dan lemak yang hilang telah aku kumpulkan ketika berada dirumah. Rutin harianku kembali normal seperti cuti sem yang lalu. Cuma aku tak bekerja sambilan seperti 6 bulan yg lepas. Aku mulakan hari- hari cutiku dengan menjamah makanan yang dimasak oleh mak tanpa menyedari yang aku baru bangun tidur dan tidak mencuci gigi apatah lagi muka. Jangan korang pertikaikannya. Aku lebih gemar begitu kerana ia membekalkan zat tulen yang orang laen tak dapat tapi aku dapat. Pelik kan? Haa, tulahh kelebihan aku. Sebab tu lahh badan aku kurus takde vitamin. Sebab kuman dah makan makanan yang aku makan tu sebelum aku telan semua makanan tu. Yelah, makan tak reti nak gosok gigi. Segala kuman yang melekat kat gigi tu pulak yang makin sihat dan segar bugar. Tapi lepas tu hidup diorang tak lama. Sebab aku akan bunuh mereka-mereka tu semua dengan menggunakan ubat gigi berjenama Darlie Shiny White dengan sebatang berus gigi berjenama Oral B. Senangkan?? ;)

Novel ;)

Untuk pengetahuan yang sudi membaca hasil nukilan tidak berpena ini, aku adalah seorang insan yang gemar membaca. Novel- novel dan buku cereka adalah kegemaranku. Jadi tidak hairan laa mengapa penulisan ku sebaku yang boleh. Upss. Lupa nak ku khabarkan yang aku suka membaca tulisan berbahasa Melayu. Jadi tidak hairan laa mengapa aku sangat lemah dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hmm, sedih barangkali. -.-'

Tidak mengapa.. Teruskan membaca. Terima kasih. ;) Korang mesti nak tahu kan dah berapa banyak novel yang aku dah khatam? Err, kalau tak nak tahu pn takpe. Aku bagi tahu jugak. Okay okay.. Rasanya ada lahh dalam berpuluh- puluh novel melayu aku dah khatam. Tak ingat sangat laa berapa semuanya. Yang pasti banyak sangat. Novel pertama yang aku baca adalah novel tulisan Norhayati Berahim. Seingat aku tajuknya CINTA PERTAMA. Nama heronya Carl Zafran. Nama heroin tak ingat sebab kalau baca novel aku ingat nama hero je. Hihi.. Okay. Tu novel first. Novel last aku baca yang paling terbaru hasil nukilan Siti Rosmizah. Tajuk novel tu 7hari mencintaimu. Sedih sudah semestinya. Kelakar adalah sikit. Kalau nak kelakar banyak kena laa baca komik. Kan kan??


Antara novel yang ada kat rumah.


Hobi masa lapangku adalah membaca novel. Jadi pada sesiapa yang mahu memberi hadiah atau sebarang tanda penghargaan, sila hadiahkan novel ye. Jasa anda amat dihargai. Terima kasih. Oh, terlupa untuk saya beritahu. Tarikh hari lahir saya ialah pada 23 Januari. Maka dengan berbesar hati, saya ingin menyeru kepada pembaca sekalian untuk membelikan saya sebarang cenderamata yang berbentuk bacaan dan dihadiahkan kepada saya. Hihihi. Saya tak paksa, cuma suruh je. ;)


Okay laa awak- awak sekalian. Saya mahu menggundur diri. Saya mahu membantu ibunda saya kedapur. Tak manis rasanya kalau tidak membantu. Heee, Jumpa laen tajuk. Tataaa ;)