Assalamualaikum….
Fuhh, dah
lama aku tak mengupdate blog ney. Sebenarnya banyak masa terluang tapi macam
tak terdaya nak menaip. Sekarang baru ade kedayaan dan keupayaan untuk menaip.
Perasaan nak update kemain berkobar kobar tapi bila ade perkataan M membuat aku
jadi tak berdaya balik. Bila dah dikikis M tu, ha ney lah dia hasilnya. Eh
belum lagi. Masih ada lagi yang aku nak bualkan kat sini.
Aku
sebenarnya tak pandai nak buat cerita macam kisah dalam novel tu. Kisah
percintaan yang akhirnya pasti dengan kebahagian si hero dengan heroinnya. Aku
tak pandai nak menggabungkan dialog diantara mereka. Cukup lah aku buat semua
tu masa buat karangan trial SPM. Dengan habis yang berbaloi, Alhamdulillah bm
aku A masa trial. Good job girl! :D
Okay, apa
yang aku nak ceritakan ney sume takde kena mengena dengan mana mana kisah dalam
buku rentetan kisah percintaan yang dijual dipasar raya mahupun kedai buku MPH
atau POPULAR. Niat aku bercerita bukan berniat untuk membuka pekung didada.
Ianya hanya untuk dijadikan teladan pada sesiapa yang sudi meluangkan masa
menziarahi dan membaca entry aku kali ney.
4 tahun
lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki yang tak payah laa aku nak sebut
siapa. Aku lah manusia yang paling happy sebab dapat berkenalan dengan lelaki
yang dah jadi pujaan hatiku itu. Bukan mudah nak dekat dengan dia. Sebab dia
sudah pun berpunya dan aku langsung tidak berniat nak merampas dia daripada
sesiapa. Apa yang mengejutkan aku, akhirnya hubungan mereka yang dah terbina
dekat 3 tahun musnah sebab kecurangan kekasihnya. Aku bersimpati pada dia. Aku
kesian kenapa tergamak sangat perempuan tu melakukan sedemikian rupa. Ye, waktu
itu aku langsung takde pengalaman bercinta mahupun suka pada sesiapa. Cuma
berani maen cop cop pada lelaki yang nampak segak dan tampan macam Shamsul
Yusuf tu.
Waktu
berlalu dan terus berlalu. Aku bahagia disamping dia dengan satu ikatan yang
tak sah. Ye. Couple! Bila dah disatukan macam tu, hidup aku terikat pada dia.
Aku boleh katakana yang aku terlalu sayangkan dia. Aku tak nak dia kecewa
sebagaimana dia pernah dikecewakan oleh bekas kekasihnya. Biarlah diganti
dengan 10 Shamsul Yusuf sekali pun, aku takkan berpaling pada dia yang aku
sayang. Aku perjudikan masa depan aku pada dia. Jangan salah paham ye. Aku
sayangkan dia tapi aku tak pernah menyerahkan sesuatu yang berharga pada dia
yang belum bergelar sang suami. Aku Cuma menyerahkan jiwa dan mental aku pada
dia. Aku terlalu harapkan dia menjadi sempurna dimata aku. Aku taknak sesiapan
pun datang memisahkan aku dengan dia.
Tapi aku silap! Ye aku silap. Aku buta menilai
sesuatu dalam hidup aku. Aku dah terlalu banyak membelakangkan keluarga aku.
Aku tak sedar perbuatan aku selama ney banyak mendatangkan kekecewaan pada
keluarga aku. terutamanya mak dan ayah. Aku bahagia disamping si dia tanpa aku
tahu, mak ayah aku lagi bahagia kalau
aku perjudikan kasih sayang aku pada mereka. Aku mengabaikan pelajaran ku hanya
semata demi kebahagian aku dengan dia. Kerana kebutaan aku, aku hampir hampir
menyedihkan kedua ibu dan bapa ku. Mereka kecewa apabila keputusan final exam
ku ranap. Jatuh gedebung gedebang kebawah yang terlalu kebawah. Pointer ku
terlalu sedikit berbanding sem yang lepas. Azamku untuk menjadi anak yang
cemerlang tidak tercapai. Aku sedih. Aku terlalu melebihkan sidia tanpa aku
tahu, mak dan ayahku dah kecewa dengan aku. Ya Allah, berdosa sangat rasanya
pada mereka. Aku tak ingin perkara itu berlaku lagi. Aku tak nak melihat mereka
kecewa dengan aku hanya kerana aku punya kekasih hati. Tidak salah untuk
bercinta, tapi biarlah padan pada gayanya.
Pada mereka
yang sudi membaca, sayangilah kekasih anda tu. Tak salah. Tapi biarlah anda
sayangkan orang yang selayaknya anda sayang. Cintailah ibu bapa anda sebelum
anda mencitai orang luar yang datang entah dari mana. Kebahagian ibu bapa harus
didahulukan. Biarlah kita cacat dimata kekasih kita, tapi jangan cacat dimata
ibu dan bapa kita. Mereka adalah kurnian Allah yang tidak ternilai. Hilang
kekasih seorang, kita boleh menggantikan dia dengan berpuluh puluh manusia
diluar sana. Tapi kehilangan ibu dan bapa tidak kan boleh diganti dengan
sesiapa pun termasuk makcik dan pakcik kita sendiri. Ya Allah, berdosa aku pada
emak dan ayahku. Hanya Allah sahaja yang bisa mengampuankan dosa-dosa aku
selama ini terhadap mereka. Semoga kemaafanku diterima yang maha Esa.
InsyaAllah :’)