Powered By Blogger

Saturday, November 24, 2012

Popularkah aku???

Hello dan Assalamualaikum....

Kalau korang tengok title entry aku kali ney, mesti korang nak bash aku kan? Heyy, jangan buat dulu. Sila dengar penjelasan lanjut daripada aku k. Baca sampai habis entry aku kali ney.

Memang bukan niatku nak berbelagak dan terlagak dengan kurniaan yg Allah SWT berikan. Aku bersyukur sangat diberi wajah yang cantik dalam keadaan ada hidung, mata, telinga senang citer cukup sifat. Syukur alhamdulillah. Bukan lah aku nak kata yg kelainan upaya tu tak cantik, tapi percayalah! Setiap kurniaan dan perkara yang Allah SWT jadikan itu sangat indah dan cantik-cantik belaka.



Tapi apa yang buat aku rasa marah bila ade yang dengan selamba khinzir mengherdik dan menghina aku tanpa sedar dah buat aku rasa nak lempang dia tu. Tak perlulah aku nak screen grabber apa yang dia dah kata kat aku. Yang pastinya, bila korang baca mesti akan sentap dan rasa terhina dengan kata kata dia. Mungkin dia sudah cukup sempurna? Hmm...

Bila aku membilang dengan jari jemari halusku yang berkuku pendek nak mampus ney, dah ramai sangat yang mengata aku sebegitu rupa. Adakah mereka ney semua dapat kepuasan kerana menghina aku. Ahh! Tak peduli pun. Biarlah mereka mengutuk dan mengata aku, tapi masih ada yang sudi mahu berkawan dengan aku. EHH, ARTIS KE KAU NEY CYDA?? Mesti korang terpikir macam tu kan? Oh, jawapannya TIDAK! Aku bukan lah artis juga bukan sesiapa yang hot dan popular dilaman sosial.

Aku cuma insan lemah yang selalu online duapuluhempatjam lamanya. Aku juga bukan insan yang selalu mencipta publisiti murahan seperti AYUNI. Ehh, Ayuni mana lakk ney? Hahaa. Hanya yang selalu dilaman Twitter sahaja yang mengenali dia. Hari ney bersamaan dengan 24 November 2012 dia sangat famous dengan pengakuan berani mati dia tu. Okay, forget about her. I've got nothing if aku cakap pasal dia. huahuahua k stop!

 
Tweet from that girl. (1)

 
Tweet from that girl (2)

Seperti yang telah aku katakan tadi, biarlah ada segelintir yang memaki aku dengan mengatakan aku sombong tahap cipan bersalin, aku tak peduli kerana masih ada yang sudi mahu berkawan dengan aku. Tapi keikhlasan mereka aku ragui. Mungkin sebab nak kawan kat fb je kot. Maybe... Tapi hati manusia ney Allah je yang tahu.

 
My facebook friend request. Cyda Sharif.


Kita sebagai manusia takde yang perfect. Banyak kekurangan. Jadi tak perlu laa sesama manusia saling mengata dan menghina. Buat Ayuni, awak patut bersyukur jadi rakyat Malaysia, Negara yang aman. Jangan kerana k pop awak jadi macam ney. :)

Salam sayang.....

CydaSharif