Aku tak pasti kenapa rasa malas menguasai aku sekarang ini. Ia seakan akan virus hitam yang semakin menular dalam saraf sendi otot-otot aku. Adakah kerana faktor usia? Ah, mustahil! Aku baru 20 tahun. Masih mentah dalam pentas drama dunia ini.
Masih menjadi persoalan tegar. Kenapa aku malas??? Tiga tanda soal dihujung ayat bererti aku memang mahu mengetahui punca dan sebab kenapa aku malas.
Masih tak dapat dikenal pasti. Penyakit malas aku ini makin menjadi jadi apabila terdapat test dan quiz yang menanti. Kehidupan sebagai seorang pelajar sangat mudah sebenarnya. Itu pun kalau kena dengan gaya. Tetapi kalau kena gaya aku, kehidupan sebagai pelajar sangat scary! Kenapa begitu?
Masih menjadi titik persoalan yang tidak ada jalan penyelesaian.
Aku sangat malas. Itu yang dapat aku simpulkan disini. Sekian.