Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...
Lamanya aku tinggalkan blog aku ney. Berhabuk dan jika aku tingkatkan kuasa tinggalan aku, mungkin sudah bersarang. Banyak benda yang aku fikirkan dan tidak semena mena, dunia aku lagi satu ini aku tinggalkan sekian lama. Hari ney, baru berkesempatan untuk aku luahkan segalanya disini buat tatapan pembaca yang sudi membaca.
*23Januari 2013 Merupakan tarikh istimewa dalam sejarah hidupku dimana, umurku sudah beranjak dari 19 tahun kepada 20 tahun.
Aku telah selamat meninggalkan usia belasan tahun ku dengan ucapan syukur alhamdulillah kepada Maha Pencipta, Allah SWT kerana masih mengizinkan aku menghirup udara segar di bumiNya ini. Semakin naik usiaku, semakin banyak cabaran yang aku bakal tempuhi. Aku tak kan boleh berpaling ke belakang lagi.
Aku tidak boleh bersikap keanak anakan lagi. Kalau mak aku izinkan aku kahwin, aku rasa aku sudah bernak 2. Ahaks! Kesitu pula. Maaf. Bila dah tua ney, rasa nak kahwin je. Rasa nak ada sang suami dan kehidupan bersama orang baru iaitu anak-anak.
Ya Allah, tak dapat nak digambarkan perasaan aku suatu hari nanti bila dapat merasa semua pengalaman tu. Ya Allah, panjangkan usia ku untuk membalas jasa kedua ibu bapa ku selagi mereka masih bersamaku dan kau pelihara lah mereka seperti mana mereka peliharaku ketika kecil. Amin....
Tanggal tarikh itu juga, aku dapat satu teriakan menarik daripada rakan-rakanku. Tidak cukup dengan itu, mereka masih memberi aku sebungkus pemberian yang sangat istimewa buat aku. Doraemon. Ya! Sememangnya itu aku mahu. Aku suka Doraemon sebab dia comel. Aku harap, aku pun comel begitu. Haha.. Thanks semua. :*
*18Januari 2013 Tarikh keramat buat Uitm Lendu Melaka. Tempat dimana aku menuntut ilmu. Kejadian yang tidak dipinta. Paranormal activity hardcore yang buat kami, penuntut disitu menjadi takut dan rasa tidak selamat dengan kehadiran ''Mereka" yang berani tampilkan muka ini.
Ramai diantara pelajar disini menjadi mangsa rasuk dan histeria. Syukur, diriku masih dilindungi Allah SWT. Bacaan yassin diperkuatkan. Diri dilengkapi dengan senjata Allah seperti solat dan doa. Doa doa di Facebook dan Twitter mengiringi kami sepanjang di UiTM itu. Tetima kasih semua. :)
Semester 3 kali ini, banyak aktiviti yang akan memenuhkan jadual harianku. Banyak trip akan dibuat dan segalanya akan diceritakan disini selagi mempunyai masa dan nyawa. InsyaAllah...