Saturday, February 22, 2014

Mimpi

Aku pejam mata dengan harapan aku boleh lenyapkan duka.
tapi aku silap.
Aku tutup mata, terbentang segala kisah penuh calar balar  terpalit suka duka.

Mana tidur aku nak lena kalau kau datang dalam tidur aku.
tapi kau datang macam angin.
Kejap, sepintas lalu.
Mungkin rindu.

Mimpi mainan tidur.
Aku jadikan pedoman.
Kau cuma singgah dimipi.
Bukan alam nyata.

Semoga mimpi indah.

Wednesday, January 15, 2014

2014 MOMENT TERINDAH

Assalamualaikum....

Dah genap usiaku 21 tahun. Tiada lagi masa untuk bersuka ria bermain dengan kehidupan.
Makin meningkat usia makin besar tanggungjawap.
Tiada lagi kehidupan kanak-kanak menguasai diri.
Kematangan makin teserlah.

Tahun 2014 tahun terakhirku di Lendu, Melaka.
Berpisah dengan kawan-kawan sekatil setilam sepinggan.
Haih, bila lagi dapat gelak bersama melepaskan duka.

Semoga tahun ini membuka tirai baru dalam hidupku.
Semoga tahun ini tiada lagi air mata untuk orang yang tak perlu.


with love,
Cyda..