Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dapat jugak aku update blog comel aku ney. Dah bersarang sangat rasanye ney. Takde cerita yg best nak distory. Almaklum laa..awok ney bukan blogger famous the most. kalau aku update pn aku jugak yg baca. Kesian kan? Haha. Takpelah. janji dapat memberi kepuasan diri.
Broken english? Kenapa aku post title sedemikian rupa? Sebab aku nak bagi tahu kalian yg sudi membaca ney, bahawa aku mempunyai pengusaan bahasa inggeris yang sangat teruk! Ye, aku tak tipu. Memang daripada aku sekolah rendah lagi, aku punya english sangat teruk. Bukan aku tak nak cuba improve kan, tapi aku dah cuba macam macam. Aku mencari kawan yang pandai bahasa inggeris. Tujuannya biar aku ney pandai english. Dapat sama sama belajar dengan dia. Tapi still tak boleh lagi. Aku cuba lagi, kali ney aku beli kamus elektronik. ye uolls. Aku suruh ayah belikan kamus elektronik untuk kemudahan aku belajar english. Tapi.......
Bila SPM, aku masih C dalam bahasa inggeris ney. Aku cuba pulak nak speaking english. Aku sentiasa mencuba yang terbaik walaupun aku tahu, aku memang tak boleh nak cakap english. Bila dah masuk U, apa yang penting ialah aku kena cuba speak in english. Semua assignment mesti dalam bahasa inggeris. Yang dalam bm pn, cuma CTU je. (mata pelajaran agama). Bila dah masuk part 2, lagi lah mencabar iman aku. Aku ada presentation yang mewajibkan aku cakap bahasa inggeris.
Aku memang terasa hina dan malu bila ada kawan yang sangat bagus inggerisnya. Macam Ain, Yani, Eyaa. Diorang pandai speaking. Aku? cuma mampu senyum. :) Aku cuba nak improve kan english aku. Aku selalu bertanya meaning yang aku tak tahu kat diorang. Memang terasa malu yang amat, tapi bila nak belajar, sepatutnya malu tu dikikis. Kadang kadang aku terasa aku macam orang bodoh. Hmm, pemtingnya bahasa inggeris ney ye? -.-'
Aku risau sangat. Macam mana la aku nak kerja nanti kalau bahasa inggeris aku teruk. Ada ke syarikat yang nak kan pekerja bercakap dalam bahasa melayu je? Mesti takde. Takpe lahh. Selagi ada masa nak belajar, aku akan belajar bahasa inggers ney. Orang lain suruh aku tengok cerita Oh My English! Tapi syg sangat sebab aku takde astro. Tak boleh nak tengok. Kalau ada masa aku tengok jugak cerita tu kat youtube. :)
InsyaAllah, kalau kita mencuba dengan ikhlas, hasilnya mesti berbaloikan? Okay uolls, Thanks reading my blog. See you next update. Ahaks!! OH MY ENGLISH!!!! :P
Monday, September 24, 2012
Saturday, August 11, 2012
Assignment HTT 167.
Assalamualaikum..
Ya ampun, dah lama rasanya aku tak update belog ney. Bersawang ha. Haha.Rindu ney. Kali ney aku nak update pasal assignment tourism aku. Hari sabtu yang lepas, aku tak ingat la bape haribulan yang pasti hari sabtu, aku pergi buat assignment ney. Group assignment kan, so aku pergi bergroup la. Aku, eyaa, Niesa and Ieqa. Yang kena drive dah tetntu laa Eyaa sebab tu kereta dia. Aku duduk belakang je as penumpang terhormat. Haha. Based on assignment ney, dia suruh kitorang pergi 12 tempat perlancongan kat Melaka Bandaraya Bersejarah ney. Ade symbiotic, Human made and Nature. So, kitorang dah senaraikan 12 tempat menarik yang kena pergi. Check it out :
- Zoo Melaka
- Taman Buaya
- Taman Rama rama
- Air Panas Gadek
- Pantai Klebang
- Pantai Puteri
- Muzium Belia
- Jonker Walk
- Muzium Kesenian
- Hutan Simpan Sg Udang
- Taman Seribu Bunga
- Cendol Baba & Nyonya
Banyak kan tempat menarik kat Melaka ney? Tapi aku cuma dapat amik sikit je gambar sebab BB aku takde batery. Selebihnya gambar semua kat Nikon Eyaa. Laen kali laa aku amik gambar tu ye. Antara gambar yang aku sempat amik kat Pantai Klebang...
Pantai yang lawa :)
*Gambar ney aku amik kat Google image :)
Ikutkan jadual yang betul, sebelum pergi pantai, kitorang dah pergi Zoo Melaka, Taman Buaya dengan Taman Rama rama. Antara gambar yang dapat di amik dari BlackBerry 9700 aku kat Taman Rama rama:
Iguana yang Comel. :p
Merak yang sombong. Konon dia lawa sangat. -.-
Ney pn spesies Iguana jugak ney. :)
Rama Rama :)
First time tengok buaya. Hihi :p
Ney laa Aligator. Spesis buaya jugak. :D
Kek batik. Haha. Ular Sawa tengah tidur. Mana kapla dia?? :)
Haha. Banyak lagi sebenarnya binatang kt Taman Rama rama ney. Tapi sikit je yang aku dapat amik gambar. Ada macam macam spesis ular yang ada. Comel je ular tu . hihi. Aku siap masuk dalam kandang ular tu lagi. Eiqa and Niesa memang tak nak masuk. Geli katanya. Yang Eyaa pulak masuk depam pintu je. Takut jugak nampaknya. Hehe. Aku je lahh yang berani. Sebab ular tu semua ular pokok je. Time pagi dia tidur. So, dia tak nampak aku masuk. Haha. :)
T u menjadi pengalaman manis dalam hidup aku. First time masuk tempat tempat haiwan macam tu. Seronok sangat. :) Bila dah jadi budak Tourism ney, semua tempat aku pergi jelajah. Lepas ney nak jelajah luar Melaka pulak. Mana tahu dapat pergi Penang ke. Terengganu ke. Insya Allah :)
Bye. Thanks read :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)







